Print this page


SERI KEMBANGAN - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mendesak pengeluaran steroid murah, dexamethasone dipertingkatkan.

“Permintaan terhadap steroid berkenaan meningkat mendadak sejak Britain mengeluarkan kajian mendakwa ia berjaya mengurangkan kadar kematian.”

 

Sekitar 2,000 pesakit diberikan dexamethasone oleh saintis dari University Oxford dan ia didapati mengurangkan kalangan pesakit kritikal kepada 35 peratus.

 

Menurutnya, dexamethasone telah berada dalam pasaran sejak 60 tahun lalu dan digunakan untuk merawat keradangan.

 

“Kami ingin memberi peringatan, Dexamethasone hanya digunakan ke atas pesakit kritikal sahaja kerana ia bukan ubat mencegah COVID-19 dan bukan untuk merawat pesakit dengan simptom ringan,” tegas beliau dalam sidang media yang diadakan di Geneva.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengulangi peringatan agar seluruh negara menggandakan pendekatan kesihatan awam untuk menghentikan penularan COVID-19.

 

“Kami mendesak negara-negara berwaspada dan lebih kreatif mencari penyelesaian, penduduk diminta berjaga-jaga dengan hidup mereka.”

 

Selain itu, beliau menyarankan setiap negara teruskan mencari dan menguji kes, mengasingkan dan merawat mereka yang disahkan positif virus, mengesan dan mengkuarantin kontak serta melindungi petugas kesihatan.

Last modified on Wednesday, 24 June 2020
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd