wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam industri tembakau yang dianggap telah menggunakan segala cara untuk membuatkan kanak-kanak dan remaja terpengaruh untuk merokok.

Industri tembakau menyasarkan kanak-kanak dan remaja sebagai sasaran pasaran mereka.

 

"WHO menyeru semua sektor untuk membantu menghentikan taktik pemasaran industri tembakau dan industri lain yang berbahaya bagi kanak-kanak dan remaja," demikian menurut WHO.

 

Pada masa ini, menurut laporan WHO, sebanyak 44 juta kanak-kanak dan remaja berusia 13-15 tahun adalah perokok aktif.

 

Pengarah Promosi Kesihatan WHO, Rudiger Krech mengatakan bahawa taktik yang digunakan oleh industri tembakau ini sangat kejam. Di beberapa negara, pemasaran tembakau tidak diatur oleh peraturan yang relevan.

 

Menurutnya, sesiapa pun boleh menemui produk tembakau yang disusun berhampiran gula-gula di pasar raya. Industri tembakau, jelas menyasarkan remaja sebagai sasaran pasarannya.

 

Kenyataan yang ada sekarang adalah sebanyak 90 peratus perokok memulakan tabiat merokok sebelum berusia 18 tahun.

 

"Dan itu sengaja, bukan tidak sengaja.”


Sementara itu, data dari 39 negara menunjukkan bahawa sekitar 9 peratus kanak-kanak berusia 13-15 tahun telah menggunakan rokok elektrik yang didakwa lebih selamat.

 

Namun, Krech menolak dakwaan bahawa e-rokok dikatakan lebih selamat. Beliau menyebut bahawa e-rokok sama bahayanya dengan batang rokok.

 

"Semua produk tembakau berbahaya."

 

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada 31 Mei lalu, WHO telah melancarkan kit alat pembelajaran yang bertujuan untuk memberi maklumat kepada kanak-kanak dan remaja tentang bagaimana industri tembakau memanipulasi mereka.

 

Dalam perkembangan berkaitan, WHO turut meminta platform-platform media sosial untuk melarang pemasaran tembakau dan produk-produk berkaitan dengannya.

Last modified on Monday, 22 June 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!