wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


KUALA NERUS - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang IKRAM Kawasan Kuala Nerus, Terengganu untuk meraikan majlis sempena Aidilfitri bersama ahli-ahli dan keluarga secara kreatif dengan norma baharu.

Justeru, IKRAM Kuala Nerus telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri Maya pada Jumaat, 5 Jun lalu yang dihadiri seramai 37 keluarga ahli menggunakan platform Google Meet.

 

Acara ini dimulakan dengan aktiviti sehari sebelumnya iaitu dengan mengedarkan lemang dan rendang kepada semua ahli dan memberikan duit raya kepada anak-anak ahli yang berumur bawah 12 tahun.

 

"Alhamdulillah di saat ujian PKPB ini, tiada alasan untuk kita tidak meraikan raya bersama dengan norma baru.

 

"Walaupun tidak dapat bersalaman dan bertemu, kita tetap boleh berkumpul di alam maya dan menjamu lemang dan rendang yang disediakan," ujar wakil IKRAM Kuala Nerus di laman Facebook.

 

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, diikuti dengan ucapan pembukaan Yang Dipertua IKRAM Kuala Nerus, Prof Ir Ahmad Jusoh diikuti dengan perkongsian oleh Ustaz Munawar Mohamad bertajuk 'Aidilfitri Permulaan Perjalanan Pasca Madrasah Ramadan'.

 

Yang menariknya pada sesi taaruf, setiap ahli IKRAM lengkap berpakaian raya memperkenalkan ahli keluarga masing-masing dan bergambar bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka.

 

Setiausaha IKRAM Kawasan, Hasif Hishamuddin turut berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti kawasan bermula awal tahun 2020 dan yang akan diadakan pada masa akan datang.

 

Majlis yang dirai secara maya namun meriah oleh ahli-ahli IKRAM Kuala Nerus dan keluarga diakhiri dengan cabutan bertuah.

 

Lagi foto majlis: https://bit.ly/ikram-kn-rayamaya

Last modified on Tuesday, 09 June 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!