wrapper

Berita Terkini

الإثنين 14 ذو الحجّة 1441   |   Tuesday 04 August 2020


SERI KEMBANGAN - Dengan 202 orang yang sembuh COVID-19 semalam, ia menjadikan jumlah kumulatif yang pulih dan discaj di Malaysia sebanyak 2,478 kes iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan (49.7 peratus), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambah beliau, semalam juga, bilangan kes yang didiscaj (202) adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan (170). Pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,987 kes.

 

"Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,427 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," kata beliau.

 

Sehingga kini, jelasnya, seramai 60 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 33 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Semalam menyaksikan pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 82 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

 

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 global sudah menghampiri 2 juta iaitu 1,997,666 kes dengan 126,597 kematian dan 478,503 sembuh sehingga tengah malam tadi, menurut worldometer.info.

 

Amerika Syarikat mencatat kes kematian tertinggi sebanyak 26,047 diikuti dengan Itali (21,067) seterusnya Sepanyol (18,255), Perancis (15,729) dan United Kingdom (12,107).

Last modified on Wednesday, 15 April 2020

1 Comment

  • Comment Link EntitoFof Tuesday, 14 July 2020 07:51 posted by EntitoFof

    Best Buy Pyridium Foembotrerma https://bbuycialisss.com/# - Cialis tahneupt Levitra Occasion En Baisse UseveTit cialis generic canada VackMear Silagra Uk

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!