Print this page


TAMAN MELAWATI - Yayasan IKRAM Malaysia yang lebih dikenali dengan i-Bantu telah berjaya mengagihkan bantuan dalam pelbagai bentuk ke seluruh negara berjumlah RM522,560 sehingga Ahad, 12 April lalu.

Hasil sumbangan orang ramai yang menyumbang melalui yayasan ini dan juga IKRAM Negeri dan Kawasan telah berjaya disampaikan dengan gabungan usaha sukarelawan, orang ramai dan ahli-ahli IKRAM di seluruh negara yang mempunyai 119 cawangan.

 

“Ia merangkumi peralatan perubatan yang amat kritikal diperlukan seperti pelindung muka (face shield) sebanyak 45,641 unit, Personal Protection Equipment (baju PPE) 27,258 unit yang mana ia disediakan sendiri oleh sukarelawan di rumah-rumah mereka,” kata wakil Yayasan IKRAM Malaysia.

 

Dalam pada itu, bantuan makanan kepada barisan hadapan (frontliner) juga disediakan berjumlah 8,384 pek yang dibungkus dan dihantar terus ke hospital-hospital berhampiran.

 "Bukan sahaja kepada frontliner, bahkan sejumlah 28,651 pek makanan telah diagihkan kepada mereka yang putus pendapatan dan amat memerlukan."

 

Menurut wakil tersebut, usaha memberi bantuan makanan ini masih diteruskan. Bahkan menurutnya lagi, permohonan bantuan makanan diterima yayasan tersebut setiap hari.

 

“Setinggi penghargaan kepada frontliner kita yang cekal melawan, merawat COVID-19 dan memastikan kesihatan kita semua terjamin.”

 

Yayasan IKRAM Malaysia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan yang komited dan penyumbang yang dermawan kerana terus bersama dan menyokong usaha kebajikan badan tersebut.

 

Bagi yang ingin menyumbang, boleh terus ke http://yayasan.ikram.org.my/tabung-covid-19/ atau ke akaun YAYASAN IKRAM MALAYSIA 5621 4240 4402 (Maybank) dengan rujukan 'Covid19' dan e-mel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Last modified on Wednesday, 15 April 2020

1 Comment

Our website is protected by DMC Firewall!