wrapper

Berita Terkini

الأحد 9 شوّال 1441   |   Sunday 31 May 2020

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyifatkan tulisan oleh seorang pemilik akaun Facebook atas nama ‘Dr.Ismadi’ yang cuba mengaitkan IKRAM dengan gerakan Freemason, sebuah organisasi rahsia yang sentiasa dikaitkan sebagai anti-Islam dan mendokong agenda Zionis, sebagai suatu tuduhan yang karut, tidak berasas dan berniat jahat.

Setiausaha Agung IKRAM, Hj Mahdzir Md Isa berkata demikian ketika ditanya tentang tuduhan tersebut.

 

“IKRAM adalah merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang telah didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 22 Oktober 2009. Ianya digerakkan oleh para cendekiawan dalam pelbagai bidang, lulusan dalam dan luar negara, serta pelbagai lapisan masyarakat," kata beliau.

 

Ujarnya, IKRAM bukanlah satu pertubuhan rahsia atau bawah tanah yang mempunyai agenda yang tidak baik terhadap negara apatah lagi umat Islam.

 

"Kesemua aktiviti dan program IKRAM boleh diikuti secara telus dan terbuka dalam media sosial IKRAM sama ada menerusi laman web, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Youtube TV.IKRAM,” jelas beliau.

 

Tambahnya, dalam Perlembagaan IKRAM menyatakan dengan jelas bahawa dasar IKRAM ialah Islam dan asas pegangannya ialah al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Ijtihad diikuti dengan lapan (8) matlamat seperti berikut:

 

a) Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

b) Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

c) Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;

d) Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;

e) Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;

f) Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

g) Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam; dan

i) Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

 

Katanya lagi, IKRAM juga meletakkan misi dan visi organisasinya yang jelas sepertimana yang boleh dilihat dalam laman web IKRAM. Misi IKRAM ada tiga (3) iaitu:

 

a) Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara;

b) Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan; dan

c) Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.

 

Sementara itu, tambahnya lagi, visi IKRAM pula juga adalah jelas iaitu ‘Malaysia Menjadi Negara Rahmah’ yang berasaskan 12 ciri seperti berikut:

 

1) Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti;

2) Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan;

3) Tadbir Urus yang Baik;

4) Undang-undang yang Adil;

5) Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang;

6) Institusi Keluarga yang Utuh;

7) Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni;

8) Ekonomi yang Mampan;

9) Agihan Kekayaan yang Saksama;

10) Pembangunan yang Lestari;

11) Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara; dan

12) Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat.

 

“Berdasarkan dasar, matlamat, misi dan visi yang telah ditetapkan, kami rasa hairan apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa IKRAM mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason,” tegas Hj Mahdzir.

 

Malah, jelasnya, IKRAM juga merupakan antara pertubuhan yang aktif di Malaysia dalam menyumbang kepada Palestin dan menentang penjajahan haram oleh Zionis Israel seperti Yayasan Al-Quds Malaysia dan Gerakan BDS Malaysia, malah bekerjasama dan membantu menjayakan Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) pada Februari lalu.

 

“Sekiranya IKRAM mempunyai kaitan dengan gerakan Freemason, sudah pasti IKRAM tidak akan sekali-kali terlibat dalam memberikan bantuan kepada Palestin memandangkan gerakan Freemason dikenali sebagai sebuah gerakan yang mendokong agenda Zionis.” kata Hj Mahdzir.

 

Beliau menjelaskan lagi, meskipun pemilik akaun ‘Dr.Ismadi’ tidak diketahui pemiliknya dan baru diwujudkan pada bulan April 2020, IKRAM merasakan perlu memberikan penjelasan agar masyarakat mendapat maklumat yang benar tentang IKRAM.

 

Hj Mahdzir menyeru masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar berkenaan IKRAM melalui media sosial IKRAM sendiri iaitu sama ada melalui laman web, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Youtube TV.IKRAM seperti berikut:

 

Portal: ikram.org.my
FB: fb.com/ikram.malaysia
Twitter: twitter.com/ikrammalaysia
Instagram: instagr.am/ikrammalaysia
Telegram: t.me/ikrammalaysiaofficial
Youtube TV.IKRAM: youtube.com/c/tvikram

Last modified on Thursday, 16 April 2020

10 Comments

  • Comment Link Isma Halim Tuesday, 14 April 2020 09:18 posted by Isma Halim

    Pendirian yang jelas difahami

  • Comment Link Shahril Wednesday, 15 April 2020 10:15 posted by Shahril

    Apa matlamat ikram?

    Knp perlu ddk dalam semua parti politik dan memecah belahkan parti politik tersebut dr dalam?

    Terus je daftar sebagai parti politik tak perlu berselindung di sebalik org lain.

  • Comment Link Mohamad Zin Thursday, 16 April 2020 13:14 posted by Mohamad Zin

    Apa pendirian ikram tentang parti DAP dan kerjasama pkr dan amanah dgn DAP

  • Comment Link Kiram Yahya Friday, 17 April 2020 20:27 posted by Kiram Yahya

    Selepas ketiadaan Amanah dan PH sbg kerajaan ,adakah Ikram masih lagi berpegang prinsip Amanah Rahmatan lil alamain yang berat sebelah kpd orang kafir berbanding orang muslim dalam isu yang melibatkan maslahah umat Islam seperti yang diakatakan oleh Dr Maza . Mohon penjelasan .

  • Comment Link Kiram Yahya Friday, 17 April 2020 20:27 posted by Kiram Yahya

    Selepas ketiadaan Amanah dan PH sbg kerajaan ,adakah Ikram masih lagi berpegang prinsip Amanah Rahmatan lil alamain yang berat sebelah kpd orang kafir berbanding orang muslim dalam isu yang melibatkan maslahah umat Islam seperti yang diakatakan oleh Dr Maza . Mohon penjelasan .

  • Comment Link Kiram Yahya Friday, 17 April 2020 20:40 posted by Kiram Yahya

    Selepas ketiadaan Amanah dan PH sbg kerajaan ,adakah Ikram masih lagi berpegang prinsip Amanah Rahmatan lil alamain yang berat sebelah kpd orang kafir berbanding orang muslim dalam isu yang melibatkan maslahah umat Islam seperti yang diakatakan oleh Dr Maza . Mohon penjelasan .

  • Comment Link ikram salleh Sunday, 19 April 2020 15:26 posted by ikram salleh

    Ikram taknak ambil tindakan terhadap mereka yg buat fitnah ni? Mereka buat tak kisah nak berjumpa. Kena ambil tindakan agar tamatkan fitnah ini nanti cerita ni dikitar semula pd masa depan

  • Comment Link Shah Wednesday, 06 May 2020 16:53 posted by Shah

    Assalamualaikum,

    Sepanjang saya mengikuti berita2 di laman ini, saya belum nampak laporan berkenaan isu sindiket IC dan adanya desakan oleh IKRAM supaya membersihkan Tanahair drpd PATI dan warga asing yg menjdkan negara sbgai pusat scammer..

    Isu kedua yang tidak mendapat liputan adalah perihal pemandu2 mabuk yang telah membunuh orang ramai dan penguatkuasa di jalanraya.

    Apakah pendirian IKRAM dalam kedua2 isu hangat ketika ini?

  • Comment Link Shah Wednesday, 06 May 2020 16:59 posted by Shah

    Assalamualaikum,

    Sepanjang saya mengikuti berita2 di laman ini, saya belum nampak laporan berkenaan isu sindiket IC dan adanya desakan oleh IKRAM supaya membersihkan Tanahair drpd PATI dan warga asing yg menjdkan negara sbgai pusat scammer..

    Isu kedua yang tidak mendapat liputan adalah perihal pemandu2 mabuk yang telah membunuh orang ramai dan penguatkuasa di jalanraya.

    Apakah pendirian IKRAM dalam kedua2 isu hangat ketika ini?

  • Comment Link asmuni Monday, 18 May 2020 09:50 posted by asmuni

    tahniah dan jelas pendirian sebagai NGO.
    pelik kenapa orang kaitkan ahli ikram dengan parti politik.

    ramai je ahli politik join parti2 politik,tapi yang ikram ni orang amek kisah sangat ..saya berminat nak mengenali ikram lebih lanjut lagi.

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!