wrapper

Berita Terkini

الخميس 9 شعبان 1441   |   Friday 03 April 2020


KUALA LUMPUR - Pelanggan bank, termasuk pelanggan persendirian dan perniagaan kecil dan sederhana akan dibenarkan untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka dalam tempoh enam bulan mulai 1 April ini.

Menurut kenyataan media Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, penangguhan ini bersifat automatik dan terpakai kepada semua hutang termasuk pinjaman perumahan dan kereta.

 

Namun, hutang kad kredit tidak akan termasuk dalam penangguhan.

 

"Bagi hutang kad kredit yang tidak tertunggak, bank akan menawarkan pelan pembayaran secara berperingkat selama tiga tahun.

 

"Bagi hutang kad kredit yang tertunggak, hutang akan ditukarkan secara automatik kepada pinjaman berjadual," katanya.

 

Menurut BNM, usaha ini adalah untuk memastikan peminjam yang terkesan susulan penularan COVID-19 akan dapat dibantu.

 

Ia akan terpakai kepada pinjaman dalam Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

 

Menurut BNM, maklumat penuh akan disampaikan pihak bank dan pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.

 

Sumber: BNM

Last modified on Thursday, 02 April 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!