wrapper

Berita Terkini

الجمعة 27 جمادى الثانية 1441   |   Friday 21 February 2020

PETALING JAYA - Persidangan Ke-3 Liga ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) pada 8 dan 9 Februari ini akan menjadi platform terbaik bagi ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia untuk mempertahankan Palestin dan Al-Quds.

“Persidangan kali ini akan menjadi platform terbaik untuk saling bertukar pandangan dan pengalaman berkenaan tindakan yang sewajarnya diambil untuk mempertahankan Palestin dan ibu negaranya, Baitulmaqdis,” kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan, YB Syed Ibrahim Syed Noh.

 

Tambahnya, persidangan antarabangsa ini telah berlangsung dua kali di Istanbul pada 2016 dan 2018 yang telah dirasmikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

 

“Persidangan sebelum ini menyaksikan para peserta bersetuju untuk mendokumentasikan jenayah yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk dibentangkan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

 

“Mereka juga sepakat untuk menubuhkan jawatankuasa bagi mempertahankan Ahli-Ahli Parlimen di Palestin yang kini ditahan atau berada dalam buangan kerana kekejaman rejim Israel,” jelasnya dalam sidang media sempena persidangan itu hari ini.

 

Tambah Syed Ibrahim, persidangan terdahulu juga menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) untuk mengambil sebarang langkah yang perlu untuk mempertahankan Baitulmaqdis serta kesemua warisan sejarah milik Palestin.

 

Dengan tema ‘Ke Arah Strategi Mempertahankan Al-Quds’, persidangan ini akan berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

“Bagi pihak penganjur, kita menyasarkan kira-kira 500 orang ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan (Speaker) dari seluruh dunia akan hadir ke persidangan ini.

 

“Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta wakil-wakil rakyat daripada kalangan Muslim dan bukan Muslim akan turut sama memberikan dukungan kepada isu Palestin atas nama kemanusiaan,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang.

 

Menurutnya, persidangan anjuran LP4Q ini dinaungi Parlimen Malaysia dengan sokongan NGO-NGO seperti ABIM, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Yayasan Al-Quds Malaysia (QFM), IKRAM, HALUAN, MyCARE, MAPIM dan banyak lagi.

 

“Kehadiran para ahli Parlimen dan aktivis yang berpengalaman dari seluruh dunia pastinya dapat menambah pengetahuan serta pengalaman kita, selain dapat mengadaptasi kaedah-kaedah penyelesaian yang relevan, demi Baitulmaqdis dan Palestin,” katanya.

 

Persidangan LP4Q yang julung kali diadakan di Malaysia diserikan lagi dengan kempen tanda pagar (hashtag) #LP4Q dan #LP4Quds yang boleh diguna pakai dan disebarluaskan untuk rujukan di saluran-saluran media sosial.

 

Info lanjut mengenai persidangan LP4Q boleh dilayari di saluran-saluran berikut:

 

Kredit foto: Umair Md Idros

Last modified on Wednesday, 05 February 2020

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!