wrapper

Berita Terkini

الخميس 7 صفر 1442   |   Thursday 24 September 2020


KUALA LUMPUR - Malaysia buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Liga Ahli Parlimen Untuk Al-Quds (LP4Q) Ketiga yang bakal berlangsung pada 8 dan 9 Februari ini.

"LP4Q adalah kumpulan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang bertujuan mengaktifkan peranan anggota Parlimen dalam menyokong hak asasi manusia Palestin mengikut undang-undang antarabangsa," kata Setiausaha persidangan, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

 

Selain itu, tambahnya, LP4Q bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia untuk perundingan, koordinasi dan kerjasama mengenai isu-isu Palestin.

 

"LP4Q telah berkembang sejak 2015 daripada 125 Ahli Parlimen di 25 negara, kepada 700 ahli Parlimen di 70 buah negara pada 2018 dan kira-kira 3,000 ahli Parlimen telah menandatangani Ikrar Al-Quds/Baitul Maqdis," jelas beliau.

 

Menurut Shahrul Aman, persidangan antarabangsa ini akan berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Telah berlangsung dua kali di Istanbul pada 2016 dan 2018 sebelum ini yang dirasmikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, persidangan kali ini dianjurkan LP4Q yang dinaungi oleh Parlimen Malaysia dengan sokongan NGO-NGO seperti PCOM, QFM, IKRAM, ABIM, HALUAN, MyCARE, MAPIM dan banyak lagi.

 

"Bagi pihak penganjur, kita menyasarkan kira-kira 500 orang ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan (Speaker) dari seluruh dunia akan hadir ke persidangan ini," katanya.

 

Berpusat di Istanbul, LP4Q kini diketuai oleh Presidennya, Sheikh Hamid bin Abdullah Al-Ahmar dari Yaman bersama 11 orang Ahli Jawatankuasa termasuk wakil Malaysia iaitu Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh.

 

Maklumat lanjut mengenai LP4Q dan aktivitinya boleh dilayari melalui saluran -saluran berikut:

 

Laman web: parliament-quds.org/site
FB: fb.com/parliament.quds
LP4Q Malaysia: fb.com/LP4Quds.Malaysia

 

#LP4Q
#LP4Quds

Last modified on Sunday, 09 February 2020

Leave a comment

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd