wrapper

Berita Terkini

الجمعة 22 جمادى الأولى 1441   |   Friday 17 January 2020


BALIK PULAU - Ekspedisi Remaja Tahan Lasak (XPERT) 2019 telah berjaya melabuhkan tirai di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang yang memfokuskan latihan kepemimpinan dan berkomunikasi dengan masyarakat.

Kem selama tiga hari dua malam yang berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember lalu disertai seramai 94 orang remaja dan enam orang pengiring dari seluruh negara.

Dirasmikan oleh Ketua IKRAM Muda Pulau Pinang, Sdr Ya'akob Yusof, para peserta melalui pelbagai aktiviti menarik sepanjang kem ini.

Pengarah XPERT 2019, Khairilazhar Karim berkata, pada hari pertama, peserta melalui slot Kais Petang Makan Petang.

"Mereka akan menjual produk atau servis bagi mengumpul dana sebanyak RM200 yang akan disumbangkan kepada tabung Back2School i-Bantu," jelasnya.

Pada hari kedua pula, menurutnya, mereka melalui pengalaman yang sangat berharga melalui slot Explorace mengelilingi pulau.

Tambahnya, setiap checkpoint ada tugasan yang perlu ditempuhi peserta antaranya bergambar dengan pelancong asing serta flashmob lagu tema XPERT, Gelombang Keadilan.

"Dan yang paling mencabar bagi peserta adalah mendapatkan pandangan daripada pelancong asing tentang Islam.

"Kebanyakan pelancong asing dari Itali dan Jepun kurang fasih berbahasa Inggeris," katanya lagi.

Jelas Khairilazhar lagi, pada hari terakhir, peserta ditugaskan untuk menyiapkan pesembahan video selama tujuh minit yang akan ditayangkan dalam slot Tayangan Perdana pada penghujung kem.

"Hebat dan kreatif, itulah yang digambarkan kepada hasil video-video peserta XPERT 2019."

XPERT merupakan modul ketiga dalam PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang dikendalikan oleh IKRAMTeens, sebuah kelab remaja di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Lagi foto XPERT 2019: http://bit.ly/foto-xpert19

Last modified on Thursday, 05 December 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd