wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Tuesday 10 December 2019


KUALA LUMPUR - Sempena genapnya 10 tahun penubuhan IKRAM, IKRAM Kuala Lumpur menjemput semua warga ibu kota dan Lembah Klang untuk bersama-sama memeriahkan Karnival IKRAM Kuala Lumpur 2019 (KIKL '19) pada Sabtu ini.

“Karnival IKRAM Kuala Lumpur 2019 akan berlangsung pada Sabtu, 16 November ini di AEON MALL AU2, Setiawangsa bermula jam 10.30 pagi,” kata Pengarah Karnival, En Madhadzir Hassan dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al-Hijrah semalam.

Menurutnya, pelbagai persembahan, aktiviti dan pameran menarik disediakan untuk para pengunjung yang hadir ke karnival yang bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Kuala Lumpur Sejahtera’ ini.

Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah persembahan kumpulan Saff One, The Prophecies dan Soutul Muallimin, bengkel melukis dan mewarna kartun, Bicara Wanita Rahmah bersama Prof Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, Teater Silat Tempur Hidayat KL, persembahan muzik gamelan, saringan kesihatan percuma dan booth ‘Kenali Ubat Anda’.

“Biasanya setiap tahun, IKRAM akan mengadakan Perhimpunan Tahunan IKRAM untuk ahli-ahli di seluruh negara di peringkat pusat,” kata Yang Dipertua IKRAM Setiawangsa, Ustaz Zainal Abidin Abd Rahim.

Namun kelainan pada tahun ini menurutnya, setiap negeri diberikan tanggungjawab melaksanakan sambutan 10 tahun IKRAM.

“Jadi, kami mengambil keputusan mengadakan karnival dan dalam masa yang sama kami boleh menyantuni ahli-ahli serta memperkenalkan IKRAM di peringkat kawasan dan negeri.”

Beliau berkata, dalam masa yang sama, IKRAM mengambil peluang menyantuni masyarakat dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan secara percuma.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, beliau berharap agar Islam itu dipandang dengan konteks yang lebih luas seperti menjaga kebajikan keluarga, anak-anak untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia Negara Rahmah yang baik dan bandar raya yang sejahtera.

Last modified on Thursday, 14 November 2019

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!