- Tuesday, 26 January 2016
Pengenalan BAKIM
BAKIM
Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah dipengerusikan oleh Ustaz Shamsul Maarif Hj Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa penaja dengan dibantu Parman Sirad selaku Timbalan Pengerusi, Hasbullah Ismail (Setiausaha), Puan Hajar Jinal (Bendahari), manakala Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan, Saudara Mohd Hafiz Abd Hamid serta Puan Atriza Umar dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa.
Read more...- Monday, 06 April 2015
IKRAMTeens Kota Samarahan anjur Kem GenQ
Kem Generasi al-Quran anjuran IKRAMTeens Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya pada 4 April yang lalu. Kem tersebut diadakan di Pejabat IKRAM Kota Samarahan.
Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan ke dalam diri peserta supaya merasakan al-Quran sebagai teman dan menjadikannya sebagai panduan hidup dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Selain itu, elemen ukhuwah turut diselitkan dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan seperti ‘Get to Know Me’, Radio Rosak dan tayangan video. Read more...
- Monday, 06 April 2015
Mukhayyam Ansor Muhajirin - Meneladani Persaudaraan Ansor Muhajirin
Perkhemahan Ansor Muhajirin melabuh tirai pada 29 Mac yang lepas setelah dua hari berkampung di Rockview Agrotek, Lundu bermula 28 Mac 2015.
Disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswi, perkhemahan anjuran IKRAM Kota Samarahan kali ini bertemakan ‘Ansor Muhajirin’ yang dipetik daripada kisah persaudaraan kaum Ansor dari Madinah dan kaum Muhajirin dari Mekah setelah peristiwa hijrah Rasulullah SAW.
Ia bertujuan untuk mengambil iktibar dan menjiwai persaudaraan para sahabat Nabi SAW sepanjang program berlangsung.
Read more...