- Wednesday, 01 February 2017
Perutusan Hari Wilayah Persekutuan 2017
IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (IKRAM WP) mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2017 kepada semua warga Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
IKRAM WP menyambut baik inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan wilayah mesra huni dan berharap inisiatif ini akan tercapai dan dapat dikekalkan demi mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Read more...- Wednesday, 21 September 2016
Bantu Pembeli Pertama Miliki Rumah
21 September 2016 - IKRAM Wilayah Persekutuan (IKRAM WP) menyambut baik gesaan The National House Buyers Association (HBA) agar pembeli rumah membuat semakan secukupnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah dan memastikan rumah yang dibeli adalah berdasarkan pendapatan dan kemampuan masing-masing. Gesaan ini dikemukakan lantaran cadangan Tan Sri Noh Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk memberi pemaju perumahan lesen pemberi pinjaman kewangan bagi membantu rakyat membeli rumah.
Read more...- Thursday, 28 July 2016
Bendung Jenayah Melalui Kawalan Keselamatan
Kenyataan Media IKRAM Wilayah Persekutuan
Bendung jenayah di Kuala Lumpur melalui peningkatan kawalan keselamatan secara bersepadu bersama masyarakat
IKRAM Wilayah Persekutuan memandang berat atas kejadian pembunuhan yang berlaku berhampiran Setapak Sentral pada 27 Julai 2016. Kejadian ala mafia ini mempamerkan bahawa penjenayah semakin berani melakukan jenayah di khalayak ramai. Pada tahun 2016, kejadian pembunuhan menggunakan senjata api semakin meningkat dengan Wilayah Persekutuan sahaja mencatatkan 5 kejadian semenjak awal tahun.
Read more...