- Saturday, 04 June 2016
- IKRAM Wilayah
Hentikan Jenayah Pedofilia, Tingkatkan Kepekaan
Di kemeriahan musim cuti persekolahan pertengahan tahun, media utama kembali hangat dengan berita yang menggemparkan seluruh negara apabila seorang pedofilia warga Britain, Richard Huckle mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia dari kalangan keluarga miskin yang tinggal di pinggir Kuala Lumpur. Mangsa yang terdiri dari hampir 200 kanak-kanak dari usia seawal 6 bulan sehingga 12 tahun dilaporkan mengalami serangan dan penderaan seksual melibatkan rogol dan pencabulan di antara tahun 2005 hingga 2014. Huckle dilaporkan mengambil gambar dan rakaman video dirinya mendera kanak-kanak secara seksual yang kemudiannya dimuat naik ke laman sesawang gelap yang mempunyai komuniti pedofilia atas talian melibatkan 70,000 ahli di seluruh dunia. Lebih 20,000 imej tidak senonoh membabitkan kanak-kanak telah ditemui di dalam komputer milik beliau.
Read more...- Sunday, 06 December 2015
- IKRAM Wilayah
At-Taghabun: Perisai Menghadapi Fitnah Dunia
Ahad, 6 Disember 2015 - Telah berlangsung program Bicara Pagi yang bertajuk "Bekalan Menghadapi Fitnah Dunia - Tadabbur dari Kacamata Surah At Taghabun" di Surau Darul Falah, Taman Berjaya, Gombak.
Slot yang bermanfaat yang dihadiri oleh 40 orang ini disampaikan oleh Ustazah Dr Sofia Shamsuddin, pensyarah Kulliyyah Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.
Read more...- Sunday, 20 September 2015
- IKRAM Wilayah
Menangi Hati Sebelum Menangi Pemikiran
19 September 2015, Sabtu - Datin Paduka Che Asmah dalam Konvensyen Dakwah Nasional IKRAM mengajak pada pendakwah agar melihat golongan sasaran dengan pandangan rahmah dan bersifat lemah lembut.
Read more...- Sunday, 24 May 2015
- IKRAM Sarawak
Knowing Me Knowing You Beri Pendedahan Piagam Wanita Islam
Dunia hari ini secara umumnya sedang menyaksikan pemisahan perjuangan wanita yang bersifat ektrem yang terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu kelompok feminis radikal yang anti-agama dan anti-famili dengan kelompok konservatif yang pro-agama dan profamili.
Golongan feminis radikal ini berjuang atas paksi hak asasi milik individu dan kebebasan secara mutlak dan ternyata ia bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah SWT. Walaupun ia bersifat ekstrem dan bertentangan dengan konsep pengabdian manusia kepada Allah, ternyata ia berjaya menarik minat generasi muda yang amat sensitif dengan hak asasi dan kebebasan ini. Read more...
- 1
- 2