wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 7 جمادى الثانية 1442   |   Wednesday 20 January 2021

Street Raya IKRAM Santuni Golongan Miskin Bandar

street raya miskin bandar

"Alhamdulillah, bukan akak nak bangga, tapi Qistina ni antara anak akak yang rajin belajar. Walaupun kami hidup susah, tapi akak pastikan dia dapat pergi ke sekolah. Dekat kelas pun dia dapat no 6. Dan no 9 daripada satu batch", semangat Kak Liza (bukan nama sebenar) bercerita perihal anaknya.

Bertempat di Alka Ria textile, Jalan TAR semalam 4 Ogos 2016 telah  berlangsung program Street Raya, aktiviti bersama gelandangan.

Read more...

Perkhemahan SRIAAK Membentuk Ketahanan Fizikal dan Kreativiti Pelajar

Antara_amali_yang_dijalankan_ialah_asas_mempertahankan_diri.jpg

Proses pendidikan ialah elemen yang sangat penting dalam membina jati diri dan peribadi pelajar. Oleh itu, sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu dan menyeluruh harus diwujudkan dalam usaha melahirkan insan yang bersifat rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Justeru, pada 9 dan 10 Mei yang lepas, Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) mengadakan satu perkhemahan sebagai salah satu langkah untuk merealisasikan hasrat tersebut. Perkhemahan ini bertujuan untuk membentuk para pelajar agar mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi dan kreatif dalam menyelesaikan masalah di samping tidak memandang ringan aspek spiritual.

Read more...

Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah SRIAAK dan Tadika Nurul Iman

Penyampaian_hadiah_kepada_para_pelajar_copy_copy_copy.jpg

Sekolah Rendah Islam al-Amin Kuching (SRIAAK) dan Tadika Nurul Iman mengadakan Majlis Graduasi dan Penyampaian Hadiah untuk sesi 2014 pada 23 November yang lepas bertempat di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuching. Majlis sebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sulaiman bin Saikh Kadir, Pegawai Penyelidik, Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Negeri Sarawak. Read more...

Kursus Induksi Tunas Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh

Peserta-sedang-menjalani-praktikal-memasang-kain-anduh-untuk-bantu-mula-patah-tangan.jpg

KUCHING – Kursus Induksi Tunas Kadet Remaja Sekolah (KRS) Musleh diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2014 bertempat di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Kuching.

Kursus induksi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada guru-guru di sekolah tersebut sebelum mereka mengajar murid-murid yang berada di tahun empat.

Sepanjang kursus ini, para guru melalui beberapa modul kejurulatihan termasuklah kawad kaki, kemahiran asas mempertahankan diri atau “Basic Self-Defense (BaSeD), kemahiran asas bantu mula (basic first aid), kemahiran asas ikatan dan kemahiran asas perkhemahan.

Read more...

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!