wrapper

Berita Terkini

الخميس 8 جمادى الثانية 1442   |   Thursday 21 January 2021

Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Kerjasama IKRAM UNIKOP Gerakkan Usrah Mahasiswa

Selasa, 22 Dis 2015 - Majlis Perasmian Usrah di Kolej UNIKOP anjuran bersama IKRAM Daerah Batu dan Kelab Rakan Surau (Karisma) Kolej UNIKOP telah disempurnakan oleh Ketua Eksekutif Kolej UNIKOP En Muhammad Islahudin Abdullah. Dalam ucapan perasmiannya, En Islahudin mengimbau kembali pengalaman beliau mengikuti usrah semasa di alam persekolahan dan natijah usrah itu dapat dirasai sehingga 20 tahun selepas itu. Beliau menyambut baik usaha ini dan mengucapkan terima kasih kepada IKRAM Daerah Batu yang sudi berkerjasama dengan Kolej UNIKOP untuk menggerakkan usrah di UNIKOP.

Read more...

IKRAM Siswa Meraikan Kedatangan Pelajar Baru Asasi UNIMAS

Ahli_panel_Spark_of_Success_berkongsi_tips_dan_pengalaman_tentang_kehidupan_sebagai_pelajar_asasi_UNIMAS.jpgKOTA SAMARAHAN - Pusat pengajian pra-universiti merupakan salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Sudah semestinya, ppelajar-pelajar baru ini membawa harapan yang menggunung untuk meneruskan kecemerlangan serta ingin membentuk peribadi ke arah yang lebih baik dan holistik.

Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, IKRAM Siswa dengan motonya 'Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah' tampil membantu dan ingin merealisasikan cita-cita dan harapan pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar dengan matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.

Read more...

Mahasiswa Berbakti Kepada Masyarakat Sertai Gotong-royong

upacara_simbolik_penanaman_anak_pokok_oleh_YB_Datuk_Dr._Lee_Kim_Shin.jpg

LUTONG, MIRI – Jawatan Kuasa Kampung (JKK) Kampung Pengkalan, Lutong sekali lagi telah menjemput Ikram Siswa Miri (ISM) untuk bersama-sama menyertai Gotong-Royong Perdana Kampung Pengkalan 2015.

Pada tahun yang lalu, ISM telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengadakan gotong-royong bersama masyarakat kampung bagi mendedahkan mahasiswa dengan realiti masyarakat serta mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk menerapkan sikap kesukarelawanan dalam diri mahasiswa.

Read more...

KOMSIS julung-julung kali diadakan, kumpul 102 mahasiswa Sarawak

kuching-sarawak-hdr-photography-victor-marz.jpg

Konvensyen Mahasiswa IKRAM (KoMSIS) yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Gua Long House, Miri baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan seramai 102 orang mahasiswa dari seluruh Sarawak. Menyedari hasrat untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai kekuatan mental, fizikal dan spiritual demi membangunkan Islam, KoMSIS yang julung-julung kali diadakan ini bertemakan akhlak, khidmat dan ukhuwwah.

Objektif utama KoMSIS adalah mendedahkan para peserta dengan hala tuju IKRAM Siswa dan perkongsian hasrat gagasan Harmoni kepada mahasiswa IKRAM seluruh Sarawak. Di samping itu, konvensyen mahasiswa kali ini bertujuan menyusun dan menstruktur IKRAM Siswa seluruh Sarawak untuk memantapkan gerak kerja mahasiswa di kampus masing-masing.  Read more...

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!