wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 18 ذو الحجّة 1442   |   Tuesday 27 July 2021
Sunday, 13 June 2021 10:47

Rasuah dan siasah

Written by Dr Mohamed Hatta Shaharom
Rate this item
(0 votes)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah salah sebuah agensi yang diurus kewangan dan kakitangannya oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia.

Secara rasmi urusan hariannya dilaksanakan secara bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Ketua Pengarah tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

 

Namun, ini tidak mengenyahkan keraguan oleh sebahagian rakyat Malaysia yang mempersoalkan kebebasan dan keberkecualiannya.

 

Sebagai mantan ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM, saya berpendapat bahawa selagi SPRM 'makan gaji' dengan JPM, selagi itulah ramai rakyat boleh mempertikaikan objektiviti serta neutralitinya.

 

Rakyat juga sering menuduh SPRM sebagai rentan kepada campur tangan serta manipulasi JPM.

 

Cuba kita fikir di luar kotak. Pertama ialah dengan memastikan SPRM berada di atas segala institusi eksekutif negara dan hanya melapor kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) serta Parlimen Malaysia.

 

Kedua ialah pemilihan pengarah dilakukan secara meritokrasi yang melibatkan temu duga, rekod tugas yang cemerlang serta pengundian sebuah panel pemilih yang dilantik Parlimen.

 

Indeks Pengamatan Rasuah (IPR) atau Corruption Perceptions Index (CPI) diterbitkan oleh Transparency International (TI) setiap tahun dan ia tidak sepi daripada pengkritiknya. Namun, laporan TI ini masih terus dihormati oleh banyak negara di dunia dan laporan tahunan TI cawangan Malaysia terus diikuti hingga kini.

 

Kita boleh fikirkan tiga sebab utama mengapa manusia terus terjebak dalam lingkaran ganas rasuah.

 

(1) Sentiasa berasa tidak cukup dan tidak pandai mensyukuri nikmat hidup.

 

(2) Menuruti cara hidup pemimpin yang terlibat dalam rasuah siasah (political corruption).

 

(3) Tidak mahu mengislah sistem masyarakat yang sarat rasuah.

 

TI mentakrifkan rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk kepentingan peribadi.

 

Rasuah menghakis kepercayaan, melemahkan demokrasi, menyekat pembangunan ekonomi dan seterusnya memburukkan ketidaksamaan, kemiskinan, perpecahan masyarakat dan krisis alam sekitar.

 

Mendedahkan rasuah dan memaksa mereka yang rasuah untuk bertanggungjawab hanya boleh berlaku jika kita memahami cara rasuah berfungsi dan sistem yang membolehkannya untuk terus berterusan demikian.

 

Rasuah boleh muncul dalam pelbagai bentuk:

 

(1) Pegawai awam menuntut hadiah sewaktu melaksanakan perkhidmatan.

 

(2) Politikus menyalahgunakan wang rakyat dan memberi projek awam kepada kawan, keluarga serta pembiaya mereka.

 

(3) Syarikat merasuah pegawai untuk projek besar.

 

Ketelusan sistem pentadbiran dan pengendalian projek diperlukan untuk memerangi rasuah.

 

Kita boleh bertanya aspek manakah dalam pentakrifan rasuah oleh TI dan SPRM yang bertentangan dengan Islam. Jika ada, sudah tentu para mufti dan ulama Malaysia tidak mendiamkan diri berdepan dengan kriteria rasuah itu.

 

Pada tahun 2017, Malaysia berada di tempat 62 dalam senarai negara paling kurang rasuah dalam sektor awam. Pada tahun 2018 Malaysia berada di tempat 61.

 

Rekod paling baik yang dicapai oleh Malaysia ialah tempat 23 pada tahun 1995 dalam kalangan sekitar 90 buah negara. Pada tahun 2019 Malaysia (Skor 53) melompat 10 anak tangga untuk berada di tempat ke-51.

 

Ini merupakan satu kejutan yang memberangsangkan dan ia berlaku pada pemerintahan Pakatan Harapan. Pada tahun itu juga prestasi Malaysia pada beberapa indeks global yang lain meningkat dengan baiknya.

 

Bagi tahun 2020, prestasi Malaysia jatuh ke tempat 57 dalam kalangan 180 negara dengan skor 51/100. Jika kita tidak dilihat bersungguh-sungguh memerangi rasuah, prestasi negara akan menjunam lagi.

 

Profesor Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom
Pengerusi Yayasan Ikram Malaysia

Artikel ini telah diterbitkan di Sinar Harian pada 16 Februari 2021

Read 232 times Last modified on Sunday, 13 June 2021 11:02

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!