wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021
Tuesday, 18 May 2021 12:45

Vaksinasi agenda Yahudi?

Written by
Rate this item
(0 votes)

Data terkini daripada di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan bahawa sehingga 17 Mei 2021, seramai 10,182,880 orang penduduk sudah mendaftar vaksinasi dan sejumlah 1,186,999 penduduk sudah divaksinasi.

Laporan ini memberi gambaran bahawa hanya sekitar 30 peratus penduduk yang telah mendaftar vaksinasi Covid-19 dalam tempoh tiga bulan dibuka pendaftaran, masih jauh daripada sasaran 80 peratus (24 juta).

 

Kesedaran terhadap kepentingan vaksinasi Covid-19 untuk mencapai imuniti kelompok (herd immunity) mesti diperluaskan kepada masyarakat agar lebih ramai yang mendaftar seterusnya mendapat vaksinasi.

 

Apabila imuniti kelompok tercapai, keadaan penularan jangkitan Covid-19 tidak dapat berlaku kerana sebahagian besar masyarakat itu mempunyai imuniti atau daya tahan terhadap penyebab jangkitan virus itu.

 

Malangnya sesetengah masyarakat menolak vaksinasi Covid-19 dengan alasan ia agenda Yahudi, ada bahan haram, ada cip, boleh sebabkan kematian dan macam-macam lagi. Bukti mereka hanya bergantung kepada video dan penulisan mereka yang bukan pakar dalam bidang vaksin dan vaksinasi. 

 

Kefahaman yang sebenar dan tepat tentang vaksin dan vaksinasi ini wajib disebarkan kepada masyarakat agar mereka tidak mengambil keputusan yang salah dengan menentang dan menolak vaksinasi.

 

Penulis tertarik dengan hantaran seorang doktor perubatan, Dr Azizul Salehudin di laman Facebook mengenai persoalan mengenai orang Israel tidak memakai pelitup muka.

 

"Ada yang tertanya-tanya, di Israel tak ada Covid-19 ke? Kenapa dalam TV nampak ramai orang Israel tak pakai mask?"

 

"Sebenarnya, di Israel mereka telah capai 'herd immunity' sejak bulan lepas lagi. Hampir 100% penduduk di Israel telah dapat suntikan vaksin penuh."

 

"Hasilnya, mereka dah boleh hidup macam biasa, sebab dah selamat."

 

Walaupun negara haram itu kejam dan zalim yang menjajah Palestin, namun kejayaannya dalam mengekang Covid-19 melalui vaksinasi boleh dijadikan teladan.

 

Jadi, terungkailah kepada kita bahawa vaksin dan vaksinasi itu bukan agenda Yahudi. Jika ia agenda Yahudi, kenapa orang Yahudi ambil juga vaksin jika tahu ia memudaratkan atau mengorbankan mereka?

 

Dari sudut agama, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember 2020 mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan kerajaan.

 

Sehubungan itu, bagi mereka yang Muslim sewajarnya tidak mempertikaikan hukum vaksinasi ini dengan pelbagai alasan dan hujah yang tidak kukuh kerana fatwa ini diputuskan mengambil kira pelbagai hujah, bukti saintifik dan maqasid syariah bagi memelihara nyawa manusia. 

 

Dalam pada itu, usaha Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) wajar dipuji kerana telah melancarkan kempen advokasi dan kesedaran vaksinasi Covid-19 bagi meningkatkan lagi keprihatinan dan bilangan pendaftaran vaksinasi dalam kalangan masyarakat.

 

NGO kesihatan ini juga telah menyeru ahli-ahlinya dalam kalangan doktor dan pakar perubatan di seluruh negara untuk turut sama turun padang membantu kempen kesedaran ini dalam program-program yang diadakan di kawasan masing-masing.

 

Kita mengharapkan lebih banyak pihak yang dapat bekerjasama bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan vaksin dan vaksinasi. Bagi yang belum mendaftar vaksinasi Covid-19, daftarlah segera. Vaksinasi bukan hanya untuk melindungi diri kita, bahkan untuk melindungi orang lain di sekeliling kita.

 

[Minda Editor]

Read 848 times Last modified on Tuesday, 18 May 2021 13:07

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!