wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021
Tuesday, 11 May 2021 16:55

Ramadan kita dan Palestin

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kes positif Covid-19 di serata dunia seakan tidak mempunyai tanda-tanda surutnya. Lepas satu-satu varian berbeza menyerang manusia dengan kadar merebaknya lebih cepat berbanding awalnya, lebih-lebih lagi varian dari India.

Kehadiran Ramadan memberi peluang rezeki sebahagian kita untuk berniaga di bazar Ramadan. Apa kan daya, ada bazar ditutup di pertengahan jalan kerana melanggar SOP, kemudian dibuka, kemudian ditutup semula kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Dengan peningkatan kes positif Covid-19 yang membimbangkan di Malaysia, pengumuman PKP bagai sudah dijangka walaupun agak lewat dan sekali lagi kita tidak dapat berziarah raya apatah lagi pulang ke kampung dan desa sempena Aidilfitri.

 

Itu ujian untuk kita di Malaysia. Bagaimana pula Ramadan bagi umat Islam di Palestin, bumi al-Aqsa dan Gaza? Ujian untuk mereka lebih berganda selain daripada Covid-19.

 

Sepuluh akhir Ramadan mereka tahun ini ‘diserikan’ dengan serangan provokasi tentera negara haram itu terhadap Masjid al-Aqsa mencederakan ratusan jemaah dan Gaza kini ‘dimeriahkan’ dengan serangan udara yang mengorbankan puluhan nyawa.

 

Syukur kita di sini masih lagi boleh menjalani ibadah Ramadan dengan aman dan menyambut Aidilfitri walaupun di rumah. Mereka? Mungkin bagi sebahagiannya sama saja Ramadan atau bulan-bulan lain kerana masih mengira-ngira sama ada masih hidup, ditahan, dianiaya, diseksa atau terbunuh pada esoknya.

 

Lantas, bagaimana kita mampu menzahirkan keimanan dan kesyukuran kita dengan situasi rakyat Palestin di sana? Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

 

"Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh.  Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam." (HR al-Bukhari)

 

Inilah perumpamaan tepat sikap umat Islam terhadap umat Islam lain yang sedang teraniaya terutamanya di Palestin, tanah yang sedang dijajah Zionis dan tempat di mana masjid ketiga umat Islam, Masjid al-Aqsa sedang dinodai dan cerobohi. 

 

Mengambil roh daripada hadis ini, seharusnya umat Islam di sini tidak selesa dan sentiasa memikirkan bagaimana untuk membantu saudara kita yang sedang teraniaya dek kezaliman Zionis yang tiada hentinya.

 

Mainkanlah peranan kita untuk membela Palestin mengikut kapasiti masing-masing. Yang mampu bercakap, pupuklah kesedaran dengan kepetahanmu. Yang mahir media, sebarkanlah beritamu dengan seluas-luasnya. 

 

Yang pandai menulis, gunakanlah ketajaman penamu untuk membela. Yang berada, dermakanlah hartamu untuk membantu mereka. Yang berkuasa, lantangkanlah suaramu di peringkat antarabangsa.

 

Unjukkan rasa membela saudara-saudara seimanmu. Jika ini tidak berlaku, nilailah sejauh mana keimanan kita dizahirkan dalam membela dan membantu umat Islam yang lain walaupun banyak amal ibadah lain yang kita lakukan pada bulan Ramadan.

 

Tepuk dada tanya iman, bukan selera makan.

 

[Minda Editor]

Read 173 times Last modified on Tuesday, 11 May 2021 17:08

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd