wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 18 ذو الحجّة 1442   |   Tuesday 27 July 2021
Tuesday, 04 May 2021 14:56

Bila ‘otai’ polis bersuara

Written by
Rate this item
(0 votes)

Pendedahan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media terakhirnya pada Jumaat lalu bahawa golongan ahli politik campur tangan dalam pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar dipandang berat.

Nampaknya isu yang dibangkitkan oleh ‘otai’ polis ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi dan ia terpaksa ‘dilepaskan’ ketika itu bagi menggambarkan keadaan yang berlaku dalam pasukan PDRM.

 

Walau bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak KPN baharu, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan pasukannya berhubung pendedahannya dan tidak akan membuat laporan polis terhadap perkara berkenaan.

 

Mengukuhkan lagi pendedahan itu, Tan Sri Musa Hassan turut mengakui bahawa memang terdapat campur tangan ahli politik ketika beliau sebagai KPN dahulu, malah ia telah menjejaskan proses siasatan yang dijalankan PDRM selain ada arahan kepada pegawai lain tanpa pengetahuannya.

 

Dengan pendedahan ini, jelas bahawa apa-apa campur tangan daripada ahli politik sudah pasti mempunyai motif politik yang tertentu sekali gus boleh mengganggu perjalanan tadbir urus dan proses siasatan pasukan polis.

 

Abdul Hamid turut menyarankan agar Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak dipengerusikan oleh ahli politik bagi mengelakkan campur tangan golongan itu, sebaliknya ia perlu diketuai oleh tokoh yang neutral dan tiada kepentingan seperti hakim atau bekas hakim. Ini adalah satu langkah yang wajar.

 

Langkah ini seharusnya diperluaskan lagi ke sektor awam dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya tadbir urusnya tidak diganggu-gugat oleh ahli-ahli politik yang sarat dengan pelbagai kepentingan.

 

Dalam kenyataan media baru-baru ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong tindakan berani dan ketegasan mana-mana pemimpin kerajaan untuk menentang sebarang pengaruh politik yang membawa kepada salah guna kuasa dalam perkhidmatan awam.

 

"IKRAM menggesa agar maruah dan integriti PDRM dikembalikan dan satu suruhanjaya untuk meningkatkan akauntabiliti dan integriti anggota polis ditubuhkan dengan segera," kata Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

 

Berkaitan isu rasuah politik seperti yang disebut oleh Abdul Hamid, IKRAM juga menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

 

"IKRAM menggesa kerajaan agar lebih serius dalam menangani isu integriti dan rasuah di semua peringkat kepimpinan sektor awam dan institusi kerajaan," ujarnya.

 

Dua isu yang dibangkitkan oleh bekas KPN berkaitan isu campur tangan politik dalam pasukan polis dan juga rasuah politik wajar diambil perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab supaya berlaku perubahan dan penambahbaikan.

 

Kita tidak mahu pasukan keselamatan kita tidak mempunyai taring dan kaku dalam menguatkuasakan undang-undang hanya kerana tindakan sesetengah ahli politik kita yang sengaja menunjuk kuasa.

 

Kuasa itu hanya pinjaman sementara. Dipinjamkan kuasa itu supaya dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk berbakti, bukan untuk disalah guna demi kepentingan politik dan peribadi.

 

Akan sampai suatu masa, kuasa itu sudah tiada dan kita semua perlu menjawab kepada Yang Maha Esa.

 

[Minda Editor]

Read 233 times Last modified on Thursday, 06 May 2021 08:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!