wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021
Saturday, 17 April 2021 14:57

Ramadan bulan perjuangan dan kemenangan

Written by Meirose
Rate this item
(0 votes)

Pernah mendengar bahawa bulan Ramadan merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam? Yang biasanya kita dengar adalah bulan Syawal bulan kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya mengawal hawa nafsu terhadap makanan, minuman, syahwat dan lain-lain sepanjang bulan Ramadan.

Tetapi tahukah anda, bulan Ramadan juga merupakan bulan kemenangan bagi umat Islam? Ya, ada beberapa peperangan yang berlaku pada bulan yang mulia tersebut yang mana akhirnya kemenangan menjadi milik umat Islam. Berikut merupakan sedikit perinciannya secara ringkas.

 

1. Perang Badar

Terdiri daripada 313 orang umat Islam dengan kehendak Allah telah mengalahkan pasukan kafir Quraisy yang berjumlah kurang lebih 1,000 orang. Perang ini berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. 

 

2. Perang Ahzab

Ia juga lebih dikenali sebagai perang Khandaq. Perang ini sebenarnya tercetus pada awal bulan Syawal. Namun fasa persiapan untuk menghadapi hari peperangan tersebut adalah berlaku pada bulan Ramadan yang mana Rasulullah SAW dan para sahabat RA bergotong-royong dengan susah payah membuat strategi menggali parit sebagai kubu pertahanan. Semua ini mereka lakukan pada bulan Ramadan.

 

Umat Islam menghadapi pasukan pakatan Quraisy dan Yahudi yang mempunyai kekuatan 10,000 orang. Musuh-musuh Allah tersebut tidak mampu menembus kota Madinah disebabkan parit-parit yang telah dibuat oleh umat Islam. Maka akhirnya dengan rasa putus asa, mereka pun angkat kaki menerima kekalahan. 

 

3. Perang Hittin

Pertempuran yang berlaku di wilayah Tiberias, berdekatan dengan kota Hittin ini merupakan kekalahan terbesar yang menimpa pasukan dan kaum Salib ketika itu. Di bawah pimpinan Salahudin al-Ayyubi, umat Islam berjaya memenangi peperangan ini sekali gus menjadi gerbang pembuka untuk menakluk kembali Baitulmuqaddis untuk umat Islam. Perang ini berlaku pada bulan Ramadan tahun 584 Hijrah.

 

4. Perang Ain Jalut

Pada 25 Ramadan tahun 658 hijrah, terjadilah pertempuran dahsyat antara kerajaan Islam Mamalik dan tentera Mongol. Walaupun ketika itu tentera-tentera Mongol terkenal dengan keganasan mereka terhadap musuh-musuhnya namun pada pertempuran kali ini, mereka tewas di tangan kaum Muslimin tanpa ada tindak balas daripada mereka. 

 

5. Penaklukan Andalusia / Sepanyol

Pasukan Muslim yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad menyerbu kota-kota sempadan selatan pantai Andalusia dengan mengalahkan Raja Roderick.  Peperangan ini berlaku pada bulan yang mulia Ramadan tahun 92 Hijrah.

 

Inilah sebahagian dari sejarah besar umat Islam yang berlaku pada bulan suci Ramadan, penuh dengan perjuangan dan kesabaran tetapi akhirnya membuahkan kemenangan yang manis.

 

Setiap peristiwa tersebut juga mengajar kita bahawa bulan puasa bukanlah bulan untuk bermalas-bermalasan melainkan berjuang dalam penuh kesabaran demi meraih keredaan-Nya.

Saya mengajak kepada seluruh kaum Muslimin, mari kita menelusuri perjalanan perjuangan Nabi Muhammad SAW dan para salafussoleh pada bulan Ramadan, agar ia dapat memotivasi diri kita dalam beribadah kepada Allah dan mampu bersabar menghadapi segala ujian pada bulan puasa ini.

 

Meirose

Read 170 times Last modified on Saturday, 17 April 2021 15:08

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!