wrapper

Berita Terkini

الإثنين 8 رمضان 1442   |   Monday 19 April 2021
Thursday, 08 April 2021 15:22

Ini serius, bukan main-main

Written by Atriza Umar
Rate this item
(2 votes)

Rasuah ialah salah satu rintangan serius yang mengancam pembinaan sesebuah negara apatah lagi menyentuh kemakmuran dan ekonominya. Keburukannya tidak perlu dijelaskan lagi kerana ia menghambat langkah kemajuan dan mensabotaj usaha yang dilakukan untuk mencapai pembangunan dan keharmonian itu.

Realitinya memerangi rasuah adalah satu cabaran besar kerana ia satu proses untuk menyerang semua institusi dan agensi yang terlibat dengan ‘tangan besi’ bagi menyingkirkan pandemik ganas yang merebak dalam sesebuah entiti. 

 

Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi memerlukan jangka waktu yang panjang, menitiskan ilmu dan kesedaran sebagaimana kata Ketua Sekretariat Rasuah Busters Sinar, Puan Nurhayati Nordin. Beliau berkata demikian ketika sesi Sidang Media Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBusters yang diadakan pada 5 April 2021, baru-baru ini di Karangkraf.

 

Kembalikan nilai integriti negara

 

Terdapat juga segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa perjuangan Rasuah Busters ini adalah satu retorik cuma, kerana sudah berpuluh tahun kempen atau gerakan seperti ini  dilaksanakan, seakan-akan tidak nampak kesannya.

 

Puan Nurhayati berkata gerakan rakyat demi rakyat ini bukanlah ingin meletakkan tanggungjawab itu kepada SPRM semata-mata, bukan juga kepada mana-mana badan integriti dan tidak juga kepada Rasuah Busters saja.

 

“Tetapi semuanya bermula daripada neukles yang kecil, daripada institusi diri kita sendiri membawa kepada keluarga, komuniti dan masyarakat. Itulah perbezaan gerakan Rasuah Busters dengan yang lain.”

 

Tentunya Rasuah Busters adalah satu platform memperjuangkan dan menghapuskan gejala rasuah, yang mana ia menjadi sebuah ejen yang membantu memelihara integriti negara ini agar ia dapat dikembalikan semula.

 

Jika telah dilakukan 60 tahun lalu

 

Terdapat lima etika yang perlu dipraktikkan oleh setiap Rasuah Busters iaitu:

1. Mercy and competency

2. Tidak mempunyai judgemental

3. Niat tidak menghalalkan cara

4. Menggunakan kata-kata yang positif

5. Kebijaksanaan untuk memaafkan dan memberikan syarat-syarat tertentu

 

“Ini adalah lima perkara yang disasarkan kepada kita, media dan sebagainya kerana kita tidak mahu mengikut budaya sebelum ini, yang apabila berlaku perlakuan rasuah, sama ada pada diri kita, keluarga atau syarikat, kita melenting, marah.”

 

Tegas beliau, jika marah itu telah berjaya dilakukan pada 60 tahun yang lalu, negara ini tentunya sudah berjaya membanteras perlakuan jahat ini iaitu rasuah.

 

“Saya tegaskan hari ini, saya ingin berkongsi dengan semua. Kita mempunyai peringkat-peringkat seperti yang dinyatakan tadi, ekosistem kita hendak bentuk bermula dalam diri kita sendiri, membawa kepada keluarga, komuniti. Ini adalah budaya yang sudah diserapkan, sudah diterima masuk ke dalam diri dan organisasi. Jadi apa yang patut kita lakukan?”

 

Pentingnya kesedaran

 

Beliau menegaskan bahawa awareness (kesedaran) ini sangat penting. Puan Nurhayati menambah, pendekatan yang Rasuah Busters amalkan ialah pendekatan yang bijaksana dan bukan dilakukan sendirian.

 

“Sebagaimana kami mulakan kempen Rasuah Busters ini dengan ‘Mak kata Jangan.’ Dan ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa dengan ‘Mak kata jangan’?” soalnya kepada hadirin. Satu tanggungjawab peribadi perlu diterapkan, mengapa rasuah ini perlu dibanteras?

 

Dalam pada itu, Rasuah Busters juga tidak menafikan mana-mana usaha dan tanggungjawab yang sedang diusahakan serta dilakukan oleh pelbagai pihak, kerajaan dan bukan kerajaan bagi menangani isu ini.

 

Selain itu, terdapat maklum balas daripada pelbagai pihak, kenapa Rasuah Busters tidak terus menterjemahkan rasuah kepada isu yang menyentuh agama? Namun, sebenarnya ada sesuatu yang sangat menyentuh seseorang itu sekalipun dirinya tidak mempunyai kepercayaan agama.

 

“Kita lahir dari seorang ibu. Ibu adalah entiti juga yang akan membawa kebebasan negara ini daripada rasuah dan anak yang dilahirkan oleh ibu, mendengar segala pesanan ibu, mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan rasuah. Adakah sanggup setiap daripada kita, media yang hadir hari ini, balik dan menyuapkan najis ke mulut anak, najis rasuah?” soalnya tegas.

 

Itulah yang perlu diketengahkan, kerana awareness (kesedaran) ini kalau tidak digerakkan walaupun semua orang ingin membuat perubahan, reformation of structure system dalam negara ini, tiada awareness, tidak memasukkan system value, ini semua akan menjadi sia-sia.

 

Gerakan menyentuh akar umbi

 

Rasuah Busters membawakan bersama coalition of the willing dan mereka yang sudi bergabung, yang mempunyai kesedaran terhadap pentingnya membanteras rasuah, untuk menjalankan apa sahaja tanggungjawab di bawah kapasiti masing-masing. 

 

Gerakan ini berada bersama korporat dan mereka juga bergerak mengikut tangga-tangga yang ditentukan. Walaupun individu, tangga tersebut tetap dipatuhi.

 

“Kerana kalau terus sahaja, kita bukan menitiskan air di pokok tetapi kita mencurahkan. Bila mencurahkan, tentunya pokok pun boleh mati.”

 

Rasuah Busters memiliki caranya yang khusus bagaimana team research Pasukan Teras Rasuah Busters bersama, memberi maklum balas strategik kepada pasukan.

 

“Kita duduk dengan melihat feedback daripada media, daripada publik, daripada korporat, daripada badan bukan kerajaan, daripada kerajaan sendiri, apa yang harus kita lakukan dalam usaha menaiki tangga, fasa-fasa tersebut.”

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan bahawa Rasuah Busters bukan satu gerakan main-main tetapi ia adalah gerakan sangat menyentuh akar umbi, yang melalui proses human system dan juga system mechanism yang perlu diperbaiki dalam memberi kesedaran menukar ekosistem, memberi satu reformation structure dalam menuju value system negara.

 

Oleh yang demikian, kita sebagai warganegara Malaysia perlu merasakan hidup yang harmoni, sihat dan bahagia tanpa rasuah dalam diri, keluarga dan masyarakat yang mana di belakangnya ada kepemimpinan dan badan-badan yang memerangi rasuah secara serius serta berterusan dengan menerapkan nilai-nilai kehormatan juga integriti.

 

Bagi mencapai keputusan yang diinginkan seperti itu memerlukan perjuangan. Maka, ayuhlah kita bersama-sama berjuang untuk masa depan anak-anak dan generasi dengan sasaran mensifarkan rasuah dalam kalangan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Negara harmoni tanpa rasuah.

Read 181 times Last modified on Thursday, 08 April 2021 15:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!