wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 20 رجب 1442   |   Wednesday 03 March 2021
Wednesday, 20 January 2021 12:39

Emas tengah murah?

Written by Dr Noor A'in A. Rahman
Rate this item
(0 votes)

Kita baru sahaja memasuki tahun 2021. Selain daripada cabaran menghadapi pandemik Covid-19, setiap jiwa sedang berhadapan dengan pelbagai isu. Salah satu daripadanya adalah kejatuhan harga emas dunia.

Emas merupakan logam peralihan yang mempunyai nombor atom 79. Permulaan tahun 2021 menyaksikan kejatuhan harga emas yang agak ketara berbanding pengakhiran tahun milenia 2020.

 

Hal ini berikutan tindakan pelabur-pelabur besar yang mencairkan aset emas untuk melabur dalam 'treasury-yield' yang datangnya daripada sentimen ‘expectation stability’ di bawah Presiden Amerika Syarikat AS, Joe Biden yang baru dipilih.

 

Tambahan pula dengan perkembangan positif vaksin COVID-19 yang sedang diusahakan oleh negara gergasi seperti China dan AS, ia sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap kejatuhan harga emas ini.

 

Mahupun begitu, kegilaan penyimpan emas di Malaysia khususnya menganggap ini adalah satu peluang yang baik untuk menambah aset yang berharga ini. Tidak hairanlah jika kedai-kedai emas ternama sentiasa sesak dengan peminat barang kemas berasaskan emas. 

 

Tidak kurang juga bagi pelabur emas yang menggunakan platform jual beli emas sama ada secara tunai mahupun ansuran, giat menambahkan koleksi emas masing-masing.

 

Sejak dahulu lagi emas dijadikan suatu simbol kemewahan yang amat berharga. Misalnya pada zaman jajahan Siam di wilayah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, bunga emas dijadikan ufti yang dihantar setiap tiga tahun sebagai tanda persahabtan dan pengiktirafan terhadap kekuasaan mereka.

 

Sejarah mencatatkan emas pernah digunakan untuk menyokong mata wang dalam sistem yang digelar piawaian emas, yang mana nilaian mata wang negara terlibat ditambatkan kepada harga emas semasa pada ketika itu.

 

Dalam al-Quran, terdapat beberapa ayat yang menceritakan tentang kelebihan emas. Allah berfirman dalam surah al-Hijr ayat 23 yang bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera”.

 

Malahan, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia melainkan dinar dan dirham."

 

Benarlah emas bukan sekadar perhiasan yang dipakai oleh wanita, malahan menjadi aset beharga yang dapat membantu penyimpanya pada hari susah kelak. Benar wujud peluang pelaburan lain yang bukan berasaskan emas, malah saham-saham perniagaan juga tidak kurang banyaknya kini.

 

Namun, sejauh mana pulangan dan bergunanya ‘pelaburan’ itulah yang menjadikan ianya unik. Ini kerana setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Justeru, para ulama telah banyak membahaskan isu transaksi jual beli emas ini.

 

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Ubadah bin al-Samit RA yang bermaksud:

 

“Jual beli atau pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, hendaklah dengan kadar yang sama (timbangan atau sukatan) dan hendaklah berserta penyerahan bersama (oleh kedua-dua pihak). Sekiranya ia berlainan jenis, maka berjual belilah sebagaimana yang anda mahu jika dibuat secara penyerahan dari tangan ke tangan (oleh kedua-dua pihak).” (Hadis Riwayat Muslim)

 

Akhir kata, walaupun pelaburan emas dibenarkan dalam Islam, namun selaku Muslim, kita seharusnya sentiasa beringat. Kita bukan sahaja perlu berzakat apabila sudah cukup haulnya, malah mesti berhati-hati supaya tidak tergolong dalam golongan orang yang melakukan riba ketika berurusan. Walallahua’lam.

 

Dr Noor A'in A. Rahman
Post-Doctoral Researcher
Universiti Teknologi PETRONAS

Read 238 times Last modified on Wednesday, 20 January 2021 13:08

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!