wrapper

Berita Terkini

الخميس 6 ربيع الأوّل 1442   |   Thursday 22 October 2020
Wednesday, 14 October 2020 13:20

Rezeki dan ketenangan

Written by Dr Hishamuddin Alham
Rate this item
(0 votes)

 

“Akhir-akhir ni ...aku rasa hidup ku ini agak kosong. Tak tahu kenapa. Rumah aku besar. Kereta aku canggih. Pendapatan aku banyak... perniagaan aku semuanya menjadi... tapi aku rasa macam ada yang tak kena,” Ali meluahkan perasaannya.

Ahmad memerhatikan MPV VellFire yang baru dibeli kepunyaan Ali. Ahmad memang dah lama mengenali Ali. Lama dah Ahmad ingin menasihati rakan karibnya itu, tapi tak kesampaian kerana Ali macam sibuk tak menentu.

 

“MPV tu baru beli ke?” Ahmad memecahkan kesunyian.

 

“Minggu lepas aku baru beli,” Ali menjawab selamba.

 

Ali merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Dia mempunyai 10 cawangan gedung membeli belah. Tapi Ali tidak berapa jaga kewajipannya dengan Allah SWT. Ahmad pula seorang guru biasa di salah satu sekolah di Alor Setar. Ahmad memang terlibat dengan NGO Islam dan sering juga mengajak Ali untuk ikut bersama. Tapi Ali terlalu sibuk.

 

“Ali... VellFire ni kena servis selalu kan?”

 

“Ya, mestilah. Untuk pastikan keadaanya tip-top, kena servis ikut jadual,” jelas Ali.

 

“Berapa kerap ya?”

 

“Setiap 10,000, 20,000, 30,000 kilometer dan seterusnya. Setiap 40,000 kilometer pula kena servis major. Masa tu memang mahal lah,” Ali menjelaskan dengan penuh semangat, tapi agak sikit kehairanan dengan persoalan rakannya itu.

 

“Siapa yang tetapkan jadual berikut?”

 

“Pihak TOYOTA lah... kenapa Ahmad?”

 

“Yang membuat kereta tu yang tahu dan menetapkan jadualnya kan? Kalau tak ikut, buruk padahnya kan?” Ahmad bertanya yang membuatkan Ali lagi tak faham. Tiba-tiba rakannya ini minat dengan kereta barunya.

 

“Taklah immediate... dalam jangka masa panjang bahaya lah. Kenapa Ahmad?”

 

“Kehidupan kita pun begitulah Ali. Allah yang menciptakan kita. Allah yang menyediakan SOP agar hidup kita terkawal,” Ahmad memulakan bicara. Ali masih terpinga-pinga.

 

“Boleh jelaskan sikit Ahmad,” Ali ingin tahu dengan lebih jelas lagi apa maksud ungkapan Ahmad tu.

 

“Allah dah susun molek hidup kita. Sebelum subuh digalakkan kita solat tahajud. Kemudian kita ke masjid untuk solat subuh. Nanti ada waktu zuhur, asar, maghrib dan isyak... Allah susun hidup kita agar kita sentiasa dalam keadaan ingat pada Allah.”

 

“Eh... aku tak pernah tinggal solat waktu Ahmad. Cuma agak sibuk sikit. Kadang-kadang solat hujung waktu... tapi tak pernah miss.”

 

“Macam servis kereta juga .... kita kena kawal masa kita dan berusaha sedaya upaya memberi tumpuan untuk bersolat di awal waktu. Kan Allah tu yang memberi kita rezeki.”

 

“Betul....” tapi nadanya kurang meyakinkan.

 

“Bila kita berniaga, kita berniaga bersungguh-sungguh. Kita jaga SOP perniagaan, kita jaga customer, kita jaga kewangan kita dengan baik. Dalam ibadah pun patut begitulah. Kita kawal waktu kita, kita rasa sungguh rezeki ini daripada Allah SWT."

 

"Maka kita tunjukkan syukur kita dengan beribadah bersungguh-sungguh. Barulah hidup nanti akan tenang. Walau apa pun yang terjadi, kita akan sentiasa tenang. Engkau nak dengar ayat Quran berkenaan rezeki dan patuh pada perintah Allah?”

 

“Boleh ...silakan,” bibit keinsafan sudah mula ternampak di wajah Ali.

 

“Allah berfirman yang bermaksud: ‘Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (daripada segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).’  (Surah at-Thalaq: 2-3).”

 

“Ibnu Kathir berkata maksudnya: Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dalam seluruh perintah-Nya dan menjauhi seluruh larangan-Nya, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, iaitu dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 14/31).”

 

“Jika kita leka dengan suruhan Allah... harta kekayaan yang kita perolehi mungkin banyak tapi tak berkat, hidup kita akan rasa tidak tenteram. Orang yang bertakwa akan dikurniakan rezeki anak yang baik-baik, rezeki masa lapang yang dapat dimanafaatkan, rezeki ketenangan hati dan seumpamanya.”

 

Mata Ali mula berkaca-kaca. Dia cuba menahan sebak. Betul apa yang dikatakan oleh Ahmad. Tiba-tiba Ali bersuara.

 

“Ahmad... boleh tak aku join kamu dalam aktiviti NGO Islam kamu? Aku banyak nak belajar ni. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk aku.”

 

Ahmad tersenyum riang. Dia teringatkan hadis nabi yang bermaksud:

 

“Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik).” (HR Bukhari)

 

Itulah yang membuat Ahmad cekal melakukan kerja-kerja dakwahnya kerana mengingatkan ganjaran yang besar yang Allah janjikan pada hamba-Nya.

 

Dr Hishamuddin Alham

Read 191 times Last modified on Wednesday, 14 October 2020 13:40

1 Comment

  • Comment Link Umi Kalthum Binti Ngah Wednesday, 14 October 2020 18:50 posted by Umi Kalthum Binti Ngah

    Assalamualaikum. Alhamdulillah. Great style of writing. Keep up the good work!

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!