wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 7 شوّال 1442   |   Tuesday 18 May 2021
Monday, 20 July 2015 08:00

Gajet dan Hari Raya Aidilfitri - Antara Merapatkan Atau Sebaliknya

Rate this item
(0 votes)

Ketepikan_gajet_buat_sementara_waktu_dan_fokus_pada_perbualan.jpg

Kemunculan gajet seperti telefon pintar dan tablet merupakan antara faktor yang mendorong kepada ledakan maklumat dan terjahan gelombang media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram pada masa kini. Segalanya menjadi mudah alih dan mudah diakses di mana-mana sahaja.

Pada asalnya semua media sosial ini wujud untuk mendekatkan yang jauh dan menjadi platform komunikasi. Akan tetapi, kewujudan media sosial ini juga menyebabkan anak muda terutamanya atau juga dikenali dengan generasi Y tenggelam dalam dunianya sendiri sehingga tidak mengendahkan orang di sekelilingnya.

Fenomena ini turut membayangi sambutan Aidilfitri di mana kebanyakan anak-anak daripada

generasi Y ini lebih memilih untuk melayani gajet masing-masing daripada berkunjung ke rumah saudara mara masing-masing. Lebih parah apabila pertemuan atau ziarah menjadi kaku dan senyap kerana masing-masing sibuk dengan gajet di tangan. Bertemu pada jasadnya, namun pada hakikatnya tidak.

Ambil Peluang Untuk Berziarah

Oleh itu, perkara ini harus ditangani dengan segera sebelum ia terus membarah. Seharusnya musim perayaan ini dijadikan platform untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga dan rakan-rakan bukan mengasingkan diri bersama gajet yang ada sekaligus menonjolkan sifat antisosial.

Sepatutnya, anak-anak muda perlu mengambil peluang ini untuk menziarahi mereka kerana peluang seperti ini jarang sekali ada. Amalan ziarah menziarahi merupakan amalan yang dituntut semasa menyambut hari raya Aidilfitri.

Amalan ziarah menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi
umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama
Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar sentiasa berusaha untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan tautan silaturahim dan ukhuwah.

Ketepikan Gajet Ketika Berziarah

Apabila berziarah, ketepikan gajet yang kita ada buat sementara waktu. Ambil peluang setiap kali ziarah ini untuk bertanya khabar dan berborak tentang isu semasa. Jika bertemu dengan orang yang lebih tua, kutiplah sebanyak mana mutiara hikmah daripada mereka kerana mereka lebih berpengalaman.
Beri perhatian pada perbualan yang sedang berlangsung terutamanya dengan orang yang lebih tua sebagai tanda hormat kita pada mereka.

Namun tidak dinafikan, terdapat juga kelebihan yang ada pada gajet. Oleh itu, anak-anak muda harus bijak melihat kesesuaian waktu untuk melayani gajet-gajet tersebut.

Rasulullah SAW ada bersabda, barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Oleh itu, luangkanlah masa dalam musim perayaan ini untuk mengeratkan silaturahim sesama kita kerana ia merupakan tuntutan yang terlalu banyak hikmahnya.

Read 1821 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!