wrapper

Berita Terkini

الإثنين 12 ربيع الثاني 1441   |   Tuesday 10 December 2019
Thursday, 14 November 2019 15:27

Rasulullah pembangun umat terbaik

Rate this item
(0 votes)

Sorotan sirah Rasulullah Salallahualaihiwasallam merupakan perjalanan hidup seorang pejuang dalam membangun sejarah baru peradaban manusia. Di mana mendepani baginda, suasana jahiliah yang sepenuhnya bertentangan dengan kehendak Allah Subhanahuwataala. Wujud di sana syirik, kufur, penghinaan terhadap manusia dan penindasan.

Dapat kita saksikan usaha-usaha Rasulullah Salallahualaihiwasallam, manusia dibangunkan hingga menjadi sebaik-baik umat. Manusia disusun kehidupan mereka, akhirnya menjadi sebaik-baik peribadi, keluarga, masyarakat serta sebaik-baik umat yang mampu menguruskan perjalanan sebuah negara yang bertamadun.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Ali 'Imraan: 110)

Sirah Rasulullah ini adalah sirah perjalanan hidup seorang pejuang, yang merubah situasi yang sedia ada kepada suasana yang lebih baik. Sehingga manusia yang dilahirkan pada waktu itu, merupakan kumpulan yang terbaik sepanjang zaman.

Mereka berperanan membela umat sejagat, mengangkat darjatnya yang akhirnya menjadi golongan manusia yang terbaik, mampu memainkan peranan mewujudkan keadaan yang terbaik kepada lingkungan, keluarga, masyarakat sekitar dan bangsa-bangsa yang ada pada zaman itu.

Maka, jelaslah kesempurnaan yang dimiliki Rasulullah Salallahualaihiwasallam bermaksud kehidupannya memenuhi kriteria tertentu kerana baginda adalah manusia yang mencapai darjat kesempurnaan dalam hidup hingga menjadi tumpuan masyarakat disebabkan sifat terpuji yang ada dalam dirinya.

Allah Subhanahuwataala telah menyempurnakan akhlak dan keperibadian Nabi Salallahualaihiwasallam sebagai teladan terbaik kepada umat.  

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwataala yang bermaksud:

“Sesungguhnya ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah." (Al-Ahzab: 21)

Sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam:

"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia." (HR Bukhari)

Dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan Rasulullah sebagai Nabi dan utusan Allah, iaitu kemuliaan yang tidak ada pada manusia yang lainnya.

*Siri Rasulullah Utusan Untuk Semua (1) oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad

Read 190 times Last modified on Thursday, 14 November 2019 15:37

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!