Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
VISI: MALAYSIA MENJADI NEGARA RAHMAH
12 Ciri Asas Negara Rahmah berasaskan Islam:
- Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
- Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
- Tadbir Urus yang Baik
- Undang-undang yang Adil
- Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
- Institusi Keluarga yang Utuh
- Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
- Ekonomi yang Mampan
- Agihan Kekayaan yang Saksama
- Pembangunan yang Lestari
- Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
- Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat
MISI
- Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara
- Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan
- Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan
MATLAMAT
- Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
- Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
- Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
- Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
- Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
- Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
- Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
SUSUK IKRAM
- IKRAM mendukung fikrah perjuangan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
- IKRAM mementingkan pembentukan sahsiah ahli yang menjadi aset terbesarnya melalui program tarbiah.
- Dakwah IKRAM adalah usaha pengislahan individu dan masyarakat melalui pendekatan mendidik.
- Perjuangan IKRAM berdasarkan penegakan hak asasi manusia, kebebasan dan keadilan serta pembentukan masyarakat madani melalui transformasi soasial, ekonomi dan politik berlandaskan hukum-hakam syariah dan maqasidnya.
- IKRAM berjuang melalui proses demokrasi dengan pendekatan aman serta menolak sebarang bentuk keganasan.
- IKRAM mementingkan persefahaman, kerjasama atau kesatuan dalam kalangan badan-badan Islam.
- IKRAM bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan dalam negara atau antarabangsa untuk memperjuangkan isu-isu pilihan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.
- IKRAM mengambil berat terhadap isu-isu kepedulian masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.
- IKRAM mengamalkan mengamalkan prinsip urus tadbir baik berdasarkan ketelusan, pertanggungjawaban dan amalan syura serta menekankan pengurusan profesional, berintegriti dan berkualiti.
- IKRAM berusaha menjadi sebuah pertubuhan yang mesra wanita, mesra orang muda, mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan mesra alam sekitar.