wrapper

Berita Terkini

الإثنين 5 ذو القعدة 1442   |   Monday 14 June 2021
Thursday, 04 March 2010 08:00

Pengenalan

Written by admin
Rate this item
(99 votes)

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

VISI: MALAYSIA MENJADI NEGARA RAHMAH

12 Ciri Asas Negara Rahmah berasaskan Islam:

  1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
  2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
  3. Tadbir Urus yang Baik
  4. Undang-undang yang Adil
  5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
  6. Institusi Keluarga yang Utuh
  7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
  8. Ekonomi yang Mampan
  9. Agihan Kekayaan yang Saksama
  10. Pembangunan yang Lestari
  11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
  12. Menerajui Usaha keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

MISI 

  1. Mengajak dan membimbing masyarakat memahami, menerima dan menghayati Islam sebagai panduan dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan negara
  2. Berjuang membangun sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan
  3. Membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan

MATLAMAT

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

 

SUSUK IKRAM

  1. IKRAM mendukung fikrah perjuangan Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
  2. IKRAM mementingkan pembentukan sahsiah ahli yang menjadi aset terbesarnya melalui program tarbiah.
  3. Dakwah IKRAM adalah usaha pengislahan individu dan masyarakat melalui pendekatan mendidik.
  4. Perjuangan IKRAM berdasarkan penegakan hak asasi manusia, kebebasan dan keadilan serta pembentukan masyarakat madani melalui transformasi soasial, ekonomi dan politik berlandaskan hukum-hakam syariah dan maqasidnya.
  5. IKRAM berjuang melalui proses demokrasi dengan pendekatan aman serta menolak sebarang bentuk keganasan.
  6. IKRAM mementingkan persefahaman, kerjasama atau kesatuan dalam kalangan badan-badan Islam.
  7. IKRAM bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana badan dalam negara atau antarabangsa untuk memperjuangkan isu-isu pilihan selagi ia tidak bertentangan dengan Islam.
  8. IKRAM mengambil berat terhadap isu-isu kepedulian masyarakat dan berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan.
  9. IKRAM mengamalkan mengamalkan prinsip urus tadbir baik berdasarkan ketelusan, pertanggungjawaban dan amalan syura serta menekankan pengurusan profesional, berintegriti dan berkualiti.
  10. IKRAM berusaha menjadi sebuah pertubuhan yang mesra wanita, mesra orang muda, mesra Orang Kurang Upaya (OKU) dan mesra alam sekitar.
Read 62074 times Last modified on Thursday, 05 October 2017 16:19
More in this category: « Perlembagaan Definisi Logo IKRAM »

5 Comments

  • Comment Link JohnnieDouSy Friday, 11 June 2021 23:36 posted by JohnnieDouSy

    The creating requirement is excellent. I asked for 2 accelerations. Both are finished in time. I PASSED with really great marks in this assessment. I am really delighted with this work great work, I actually rejoice Take My Examination help about the writer to adhere to the task guidelines.

  • Comment Link Nicoleomirm Saturday, 12 June 2021 10:10 posted by Nicoleomirm

    AllExpress Endless coupons, discounts, promotions and flash deals. Competitive Prices On More Than 100 Million Items. Check Out All Deals on AllExpress. 24*7 Customer care. Buyer's Protection. Free Shipping Worldwide. Secure Payment Method.


    very fast. Hygiene of an oral cavity . to anywhere in the world
    fast. Trousers . to any place
    fast. Baggage and bags . to any place
    inexpensive. Data storage .Anytime
    fast. Jewelry .to order




    @a

  • Comment Link Revolinskkab Sunday, 13 June 2021 01:41 posted by Revolinskkab


    GAY PORN

  • Comment Link HaroldInsiX Sunday, 13 June 2021 19:31 posted by HaroldInsiX

    Сеть Интернет торговый центр высококачественных продуктов по оптовым ценам. Все Без Исключения разновидности одежи с целью школьников, ребенка также детей. Всевозможные масштабы заказа также трикотажа легкодоступны ко доставке посредством нашу с тобой фирму генпоставщика.
    https://zhelengowsky.ru/

    оптом детская одежда официальный сайт

  • Comment Link Ronniekip Monday, 14 June 2021 07:39 posted by Ronniekip

    1

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja


Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!