wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Friday, 05 August 2016 08:00

Street Raya IKRAM Santuni Golongan Miskin Bandar

Rate this item
(1 Vote)

street raya miskin bandar

"Alhamdulillah, bukan akak nak bangga, tapi Qistina ni antara anak akak yang rajin belajar. Walaupun kami hidup susah, tapi akak pastikan dia dapat pergi ke sekolah. Dekat kelas pun dia dapat no 6. Dan no 9 daripada satu batch", semangat Kak Liza (bukan nama sebenar) bercerita perihal anaknya.

Bertempat di Alka Ria textile, Jalan TAR semalam 4 Ogos 2016 telah  berlangsung program Street Raya, aktiviti bersama gelandangan.

Pada asalnya, program ini diusulkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Malaysia di luar negara yang sedang bercuti. Namun idea ini telah diolah kembali dengan penglibatan bersama i-Bantu pusat, IKRAM Health, Rose 2 Rose dan GEMA KL.

Program yang berlangsung dari jam 8-11 malam ini telah menyantuni segolongan gelandangan daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Indonesia dari pelbagai lapisan umur.

Rata-rata daripada mereka teruja apabila diberi peluang secara percuma untuk memeriksa kesihatan, belajar mengaji, menulis, mewarna, dan diberi makanan percuma oleh hampir 50 orang sukarelawan yang terlibat.

"Dulu akak memang hidup merempat di tepi jalan ni. Tapi bila fikirkan anak-anak, sampai bila nak hidup macam ni. Alhamdulillah, nasib baik ada bantuan baitulmal. Dapat la akak sekeluarga sewa bilik di Batu Caves. Tak dapat sewa rumah, bilik pun dah okay. Terima kasih melayan anak-anak akak ni ye", ujar kak Liza gembira sebelum beransur pulang.

Ketika kita sedang tidur lena di atas tilam yang empuk, masih ada lagi anak-anak kecil yang tidur beralaskan lantai kaki lima dan berbumbungkan langit.

street raya miskin bandar2

"Program seperti ini perlu terus dilakukan untuk menyantuni golongan gelandangan. Mostly saya lihat ramai di antara mereka mahukan teman bersembang, bercerita, mengaji ringkas dan mengajar ABC.

Kebanyakan NGO yang memberi makan gelendangan hanya fokus kepada makanan sahaja, sedangkan banyak lagi aspek lain yang mereka perlukan seperti kesihatan, pendidikan dan kebajikan”, ujar saudara Budi Kurniawan, Belia IKRAM Batu yang terlibat menjayakan program ini

Read 1375 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd