wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 جمادى الثانية 1440   |   Friday 22 February 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Tuesday, 10 May 2016 08:00

Jom Street Dakwah - Catatan Puan Nor

Rate this item
(0 votes)

jom street dakwah 2

Saya telah menyertai kursus DDMM beberapa kali tetapi tidak pernah menyertai 'street dakwah'. Alhamdulillah, Allah memilih saya menyertai 'street dakwah' buat kali pertama pada hari ini.

Amat sukar untuk saya mengikis perasaan malu dan takut yang menebal dalam diri saya. Tetapi, dengan penuh keazaman dan tawakkal kepada Allah saya menghampiri seorang penjual wanita berbangsa Cina.

Saya bertanya beberapa soalan berkaitan dengan perniagaannya. Respon daripadanya agak baik. Alhamdulillah, banyak yang beliau tahu tentang Nabi Muhammad dan Islam kerana beliau seorang Kristian dan semasa masih bersekolah dahulu, beliau berkawan dengan orang Melayu Islam. Beliau berumur 29 tahun dan telah memberikan nombor telefonnya kepada saya.

Seorang lagi mad'u yang saya temui adalah seorang lelaki yang berketurunan Cina. Beliau sanggup berbual dan menjawab soal-selidik serta sudi menerima risalah yang diberikan. Namun begitu, beliau hanya memberikan nama sahaja dan enggan memberikan nombor telefonnya.

Ada beberapa orang lagi yang saya temui termasuklah yang hanya ingin menerima risalah sahaja tetapi tidak ingin ditemubual. Ada juga yang enggan ditemubual dan enggan menerima risalah yang diberikan.

Apapun, pengalaman pertama ini mudah-mudahan menjadi motivasi kepada saya untuk melakukan 'street dakwah' yang seterusnya. Cabarannya terlalu kecil jika dibandingkan dengan apa yang telah dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan ajaran Islam.

Hidayah hanya milik Allah. Hati manusia juga milik Allah. Waallahu aklam.

Read 948 times

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

Our website is protected by DMC Firewall!