Print this page
Wednesday, 11 May 2016 08:00

Jom Street Dakwah - Catatan Hafizah

Rate this item
(0 votes)

jom street dakwah 1

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menyertai DDMM Fasa Satu ini walaupun hanya sempat sertai hari kedua sahaja.

Tujuan saya menghadiri kursus ini adalah kerana ingin menambahkan pengetahuan mengenai kepercayaan masyarakat Cina, India dan Kristian bagi dijadikan 'starting point' untuk bersembang santai di tempat kerja nanti.

Walaupun ini adalah kali kedua saya mendengar cerita daripada Brother Fakharudin, namun saya tidak merasa bosan. Malah, cerita pengalamannya dalam berdakwah telah menambah keyakinan dan motivasi saya untuk terus menyantuni bukan muslim.

Setengah jam pertama ketika melakukan 'street dakwah', saya dan rakan saya, Naimah, tidak berjaya mendapatkan responden yang bersetuju untuk menjawab soal selidik. Kami memilih kawasan kedai-kedai yang berada di luar Aeon Big. Hampir enam orang yang menolak mentah-mentah. Mungkin dek kerana cara yang kami gunakan terlalu kaku dan 'straight forward'. Kemahiran mendekati responden dengan cara yang lebih santai dan bersahaja masih perlu kami garap.

Masuk setengah jam yang kedua, kami menukar strategi. Kami mengambil keputusan untuk masuk ke dalam Aeon Big. Kami cuba mendekati sambil mencuba segala 'tester' yang ada dan sebagai imbal balik, kami bertanya soalan-soalan mengenai islam. Kami berta'aruf dengan mereka mengenai tempat tinggal mereka, asal kelahiran dan sebagainya.

Alhamdulillah..dengan permulaan begini kami berjaya mendapatkan tiga orang responden. Walaupun pada mulanya kami sebenarnya menyasarkan lima orang, kami tetap berpuas hati. Moga-moga salah seorang responden kami yang berasal dari Sarawak, terbuka pintu hati dan diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk mengenali Islam. Ini kerana, beliau mengatakan bahawa terdapat persamaan di antara al-Quran dengan kitab Bible 'Old Testament'.

Read 1010 times Last modified on Saturday, 28 May 2016 13:47

Related items

DMC Firewall is a Joomla Security extension!