wrapper

Berita Terkini

الخميس 16 جمادى الثانية 1440   |   Friday 22 February 2019
Rumusan Kandungan Surah an-Nur
  Surah an-Nur adalah surah ke-24 dalam al-Quran. An-Nur bermaksud ‘Cahaya’  Tujuan utama surah an-Nur diturunkan adalah untuk mendidik manusia menjadi umat yang terbaik kerana manusia dilahirkan ke
IKRAM Ajak Keluar Dari Kebekuan Tradisi kepada Inovasi
Seri Kembangan, 22 September. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengajak mesyarakat keluar dari belenggu kebekuan yang bersifat tradisi dan seterusnya melahirkan umat Islam yang sentiasa berfikiran kreatif dan
Jaga Adab, Elak Provokasi Dalam Berbincang di Media Sosial
Dalam kehangatan perbincangan isu-isu di media sosial, kita melihat pelbagai respon diberikan netizen dalam mengemukakan pandangan masing-masing. Walaupun ada yang memberi respon yang baik dan rasional, tidak kurang
Time to look for alternatives on home ownership?
Conventional thinking dictates that each family in this country should own a home. That has been an acceptable norm as a roof over one’s head is considered a basic necessity. A house is an appreciating asset that can
Thursday, 12 May 2016 08:00

Jom Street Dakwah - Catatan Nik Aisyah

Rate this item
(0 votes)

jom street dakwah

Tujuan saya ke kursus DDMM adalah untuk mengetahui tentang orang India dan Cina. Kerana saya ada kawan berbangsa India dan berbangsa Cina yang belum Islam. Mereka sangat baik. Jadi bersalah pula rasanya sebab tak menyampaikan tentang Islam. Tak sangka kami akan didedahkan dengan 'Street Dakwah'.

Dalam pengisian kursus ada menekankan tentang 'ice breaking' sebelum memulakan soal selidik. Tetapi oleh kerana betapa debarannya, nak 'ice breaking' pun dah terlupa.

"Saya volunteer dari HCF, mahu jalankan survey. Puan ada masa lima minit?", itulah ayat pembukaan yang keluar dari mulut saya. Amat kaku dan kering.

Ada dua responden atau mad'u yang menolak kerana bersama mereka ada anak-anak. "Ok, tak apa. Kita cari yang nampak 'free'." Jadi, dapatlah saya dua orang responden.

Miss Anna, pemilik booth UAnna. Semoga beliau beroleh hidayah kerana katanya dia ada membaca buku berkenaan persoalan-persoalan tentang Islam. Baginya, dia menghormati Islam yang menyuruh orang berbuat baik. Namun, dia hairan kenapa ada umat Islam yang berbunuhan.

Seorang lagi responden yang saya temui adalah seorang lelaki dari Filipina. Dia datang kepada saya untuk memohon sumbangan untuk satu pertubuhan anak yatim. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk melakukan soal selidik. Beliau penganut Kristian dan kurang tahu tentang Islam.

Ada seorang lagi yang saya cuba santuni. Seorang wanita yang saya sangkakan Cina. Seorang pekerja kedai. Rupa-rupanya dia Islam. Lalu saya promosikan aktiviti HCF kepadanya dan memintanya menyebarkan program Open Your Eyes Dinner kepada rakan-rakan bukan muslim yang insyaAllah bakal berlangsung 13 Mei ini.

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana mendapat pengalaman yang tak disangka-sangka dan tak dirancang-rancang ini. Moga Allah merahmati. Seperti satu kurniaanNya dapat mengikuti DDMM ini.

Read 965 times Last modified on Saturday, 28 May 2016 13:47

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Wilayah

Pertubuhan IKRAM Malaysia Wilayah Persekutuan

Jalan AU1A/4A, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-42523225

Pejabat Urusan: https://goo.gl/maps/3QSni

Our website is protected by DMC Firewall!