wrapper

Berita Terkini

الإثنين 22 صفر 1441   |   Monday 21 October 2019
THEY SEE, THEY LEARN
KUCHING – Seramai hampir 106 orang pelajar sekolah sekitar Kuching telah menerima cermin mata percuma melalui Majlis Serahan Cermin Mata Percuma, They See, They Learn di Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak pada 6 Oktober
Kunjungan IKRAM Media Sarawak ke Pejabat Suara Sarawak
  Kuching, 5 Okt 2019 (Sabtu)-Penggerak IKRAM Media Sarawak telah membuat kunjungan ke Pejabat Suara Sarawak di Metrociity Matang. Pihak IKRAM Media Sarawak berbesar hati kerana mendapat pelbagai input dari segi
Perkampungan IKRAM Muda Sarawak 2019
Kota Samarahan, 28-29 September 2019- Seramai hampir 50 orang aktivis IKRAM Muda Sarawak berkumpul di Perkampungan IKRAM Muda Sarawak selama dua hari di Dewan Suarah Kota Samarahan. Perkampungan ini melibatkan aktivis
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK
UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK 16 Muharam 1441H / 16 September 2019 SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH  Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi
Thursday, 20 June 2019 17:32

Jihad pena yang merubah manusia

Written by Atriza
Rate this item
(0 votes)


Tugas dan tanggungjawab setiap Muslim adalah berdakwah. Dakwah ertinya mengajak, menyeru dan menunjukkan jalan kebenaran. Dakwah bukan hanya tugas ustaz, ustazah, Tabligh atau penceramah agama saja.

Dakwah adalah tugas semua orang sesuai kemampuannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Sesiapa yang menunjukkan jalan hidayah ia mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikuti seruan dakwahnya, tanpa mengurangi pahalanya sedikit pun.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Sebenarnya, dakwah tidak hanya pada kemampuan mengolah kata-kata, lalu disampaikan secara lisan kepada khalayak. Bermacam-macam konsep, pendekatan atau metode boleh diguna pakai untuk berdakwah antaranya dakwah melalui tulisan.

Dakwah melalui tulisan jauh lebih efektif dan mampu menjangkau sasaran secara meluas, menyebar hingga ke seantero. Menulis akan membuat seseorang itu mampu mengemas kini apa yang sudah didengar dan diketahuinya hingga menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi diri sendiri seterusnya bagi orang lain.

Kerana ketidakrajinan (baca, malas) mencatat setiap apa yang dibaca, seperti mendengar khutbah, ketika kuliah atau ceramah, akan membuat butiran hikmah yang sudah didapati berlalu begitu saja. Sebagaimana Allah Subhanahu Wa Taala telah mengajarkan penggunaan pena kepada manusia yang memiliki sifat lupa ini:

ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

“Nun, demi pena dan apa yang mereka tulis.” (Al-Qalam: 1)

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sering berusaha menyedarkan umatnya melalui membaca dan menulis sebagaimana firman Allah dalam Surah al-'Alaq ayat 1 hingga 5:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.”

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ

“Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.”

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

“Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.”

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

“Yang mengajar (manusia) melalui pena dan tulisan.”

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

“Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman:

وَيُعَلِّمُهُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ

“Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al-Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil.” (Ali ‘Imran: 48)

Menurut Tafsir Jalalayn, kitab di sini bermaksud ‘menulis’ kerana menulis merupakan nikmat besar yang dikurniakan Allah Subhanahu Wa Taala kepada hamba-hamba-Nya. Oleh kerana itu, Allah memberikan nikmat kepada mereka dengan mengajarkan menggunakan pena sebagaimana yang disebutkan dalam surah yang pertama diturunkan iaitu surat Al-'Alaq, الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (Yang mengajar (manusia) melalui pena dan tulisan).

Dalam suatu peristiwa usai perang Badar, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memberikan tawaran kebebasan kepada sebahagian para tawanan dengan syarat mengajarkan membaca dan menulis kepada para sahabat dan anak-anaknya. Membaca dan menulis itu sebagai syarat kebebasan merupakan keputusan yang jarang berlaku bahkan termasuk pertama kali yang pernah ada.

Hasilnya, para sahabat menjadi boleh dan pandai menulis. Mereka berasa bersalah jika tidak menulis wahyu atau hadis yang disampaikan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Jika bukan kerana kebijaksanaan Nabi yang sering memberi motivasi supaya menulis dan membaca kepada para sahabat, tentu kita tidak akan pernah tahu apa ayat dan surah dalam al-Quran, kerana tidak ada yang menuliskannya.

Kalau bukan kerana usaha Nabi Salallahu Alaihi Wasallam untuk membuat sahabatnya pandai menulis, tentu tidak akan sampai kepada kita tentang hadis-hadis yang berisi ajaran dan sejarah hidup Nabi Muhammd Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dakwah menerusi pena adalah sebahagian daripada jihad. Inilah yang disebut dengan jihad bil qalam yang ertinya berjuang dengan pena, berjuang menoktahkan kebodohan dengan tinta.

Pernah dikisahkan, ada seorang ulama yang ketika dalam detik-detik kematiannya meminta sesuatu kepada muridnya. Permintaannya di luar dugaan si murid. Sang guru memintanya untuk mengambil pena bagi mencatatkan sesuatu ilmu, padahal ia dalam keadaan hampir sakaratulmaut.

Sebagaimana Habib Soleh bin Ahmad Alaydrus (murid Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki) pernah menyampaikan suatu pertanyaan:

“Apakah karamah para imam empat mazhab (Imam Abu Hanifah, Imam Maliki, Imam Syafie, dan Imam Hanbali)? Karamah mereka adalah ilmu mereka yang bermanfaat. Mereka sudah wafat ratusan tahun silam namun sampai detik ini, jutaan umat Islam masih mengikuti ajaran dan mengamalkan ilmu yang mereka sampaikan. Inilah karamah terbesar.”

Ilmu bermanfat adalah karamah. Para imam ini memiliki ilmu yang bermanfaat disebabkan anugerah Allah Subhanahu Wa Taala dan mereka menuliskan ilmu-ilmu yang telah mereka raih. Semua imam tersebut memiliki kitab sehingga kita mudah membuat rujukan, mempelajari dan mengamalkannya.

Sebagaimana kitab muktabar (terkenal) mereka; Imam Abu Hanifah dengan kitabnya Fiqh al-Akbar, Imam Malik bin Anas dengan kitabnya Al-Muwattha’, Imam Syafii dengan kitabnya Ar-Risalah dan Al-Umm, dan Imam Ahmad bin Hanbal dengan kitabnya Al-Musnad.

Seandainya mereka tidak menulis, bagaimana kita dapat mempelajari ilmu mereka? Semuanya meninggalkan warisan yang tidak ternilai. Walaupun tubuh mereka telah terbalut kafan dan tertanam di perut bumi, ratusan tahun lamanya, namun hasil penulisannya tetap hidup sepanjang masa.

Jihad bil qalam sewajarnya menjadi kebiasaan dan tradisi kita untuk meninggalkan jariah kebaikan dan legasi yang bermanfaat untuk generasi selanjutnya. Niatkan ketika hendak menulis itu untuk ibadah dakwah agar tiap huruf yang tersusun bernilai pahala di sisi Allah Subhnahu Wa Taala.

Wujudkan prinsip dalam diri “menulis apa yang disampaikan dan sampaikanlah apa yang ditulis”.

“Pena lebih tajam daripada mata pedang”, begitulah kata seorang pengkritik sastera ketika peradaban sastera mencapai puncak di dunia. Sebenarnya kata 'pena' yang dimaksudkan adalah kata-kata hingga  ramai yang mempersonifikasi 'kata' dengan 'pedang'. Tetapi, jauh daripada itu, terdapat sebuah perumpamaan yang indah:

"Jika sebuah pedang hanya dapat menusuk seorang, berbeza dengan kata-kata atau ucapan yang dapat membunuh atau menusuk ratusan bahkan ribuan orang dengan lebih kejam."

Namun, bagaimana dengan berbuku-buku kisah atau kata-kata yang bermanfaat yang dituliskan oleh seseorang hingga dapat merubah diri menjadi baik kepada lebih baik?

Hasilnya sungguh menakjubkan dan mampu menjadi jariah kebaikan yang berpanjangan walaupun setelah ketiadaan kita di dunia ini. Mari kita mulakan sedari kini, selagi kesempatan itu masih diberikan-Nya.

Read 1025 times Last modified on Thursday, 20 June 2019 18:02

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Sarawak

Pertubuhan IKRAM Malaysia
Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3,
Jalan Astana, 93050 Petra Jaya,
Sarawak, MALAYSIA.
No. Tel. / faks : 082-230 927
No. Tel. Setiausaha :
Dr. Noor Hisyam bin Noor Mohamed
(017-334 6405)
DMC Firewall is a Joomla Security extension!