wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 شعبان 1440   |   Friday 26 April 2019
Monday, 04 February 2019 22:05

Perkasakan Pendidikan Anak-Anak, IKRAM Perak tawarkan program IMPAK

Rate this item
(0 votes)

Bagi menyokong untuk menghasilkan warganegara yang berilmu pengetahuan dan memiliki sahsiah unggul, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak telah melancarkan program IMPAK (Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak-Anak) di Ipoh dan Simpang Pulai. Program IMPAK adalah satu program pendidikan ibu bapa  bagi membantu anak-anak dalam pembelajaran di rumah. IMPAK mengandungi sepuluh modul yang merangkumi aspek-aspek membina keyakinan ibu bapa dalam memberikan sokongan kepada anak-anak, pengurusan rumah, kemahiran belajar, kemahiran pengurusan kewangan, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran pengurusan kesihatan keluarga. 

Modul IMPAK  di hasilkan secara usahasama Tamil Foundation Malaysia dan Gabungan Bertindak Malaysia. IMPAK telah dilaksanakan di banyak komuniti merentasi pelbagai kaum di Malaysia dan memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan akademik anak-anak dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti program ini. 

Di Negeri Perak, IMPAK di laksanakan oleh IKRAM Perak melalui Jawatankuasa Wanita IKRAM Negeri Perak. Perlaksanaan IMPAK dalam komuniti dilaksanakan dengan kerjasama daripada rakan komuniti setempat. Rakan komuniti yang terlibat dalam perlaksanaan IMPAK di Ipoh adalah  Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh Perak. Manakala program IMPAK di Simpang Pulai dilaksanakan dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai. 

 

Penyertaan ibu bapa dalam program IMPAK adalah secara sukarela dan bayaran penyertaan adalah percuma. IMPAK dikendalikan oleh jurulatih yang terdiri daripada ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia. Semua jurulatih diberikan latihan dan tauliah oleh sekretariat IMPAK Kebangsaan. Semoga program IMPAK ini akan dapat menyumbang secara positif kepada meningkatkan kemahiran dan kualiti bimbingan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak. Ini seterusnya akan dapat menyumbang kepada kemenjadian pelajar sekolah. 

Read 141 times Last modified on Monday, 04 February 2019 22:34

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!