wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 شعبان 1440   |   Friday 26 April 2019
HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan. Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.
Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang
SUMBANGAN DIPERLUKANKuantan, 6 April - Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan. Projek ini telah
IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT
Pekan, 11 April - Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program
UKHUWAH TERJALIN INDAH
Kuantan, 29 Mac - Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan. Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita
Tuesday, 31 March 2015 08:00

KEPERLUAN MANGSA BANJIR TERUS DISALUR

Rate this item
(0 votes)

IMG 20150426 WA0013

Kuala Krai, 26 April - Selepas hampir 5 bulan bulan beroperasi keadaan kawasan penempatan sementara mangsa banjir di Desa Sakinah, Kuala Krai sangat memerlukan bekalan air bersih. Sumber air bersih di Desa Sakinah diperolehi melalui mengepam air dan sumbangan air mineral dari orang ramai.

Desa Sakinah, Kuala Krai merupakan inisiatif daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia dan diselia sepenuhnya oleh I-Bantu Negeri Kelantan.

 

Menyedari keperluan air bersih, I-Bantu Negeri Pahang telah menyumbangkan penapis air bagi membolehkan air yang dipam dapat digunakan untuk memasak dan minum serta untuk kegunaan lain.

Konvoi I-Bantu Negeri Pahang yang diketuai oleh En. Jalani Ludin dan isteri turut berkesempatan meraikan seorang mangsa banjir yang mengusahakan perusahaan karipap. Bagi meringakan beban, I-Bantu Negeri Pahang turut menyumbang RM2000 bagi membeli mesin karipap. Tidak dilupakan, konvoi ini sempat menziarahi kawasan banjir di Guchil dan menyampaikan sumbangan orang ramai berupa tilam.

Semoga dengan kehadiran kami dari Pahang dapat meringakan beban yang dihadapi saudara kita yang ditimpa musibah banjir di Kuala Krai. Akhir kalam, benarlah firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara..."

----------------------------------------------------------------------------------

TERUSKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI:
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (BENCANA)
556011065042-Maybank

 

Read 985 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 11:49

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Pahang

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang

B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No Tel :019-987 4233 (Pejabat)
Emel :ikrampahang@gmail.com

DMC Firewall is a Joomla Security extension!