wrapper

Berita Terkini

الإثنين 20 ذو القعدة 1440   |   Monday 22 July 2019
HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan. Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.
Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang
SUMBANGAN DIPERLUKANKuantan, 6 April - Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan. Projek ini telah
IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT
Pekan, 11 April - Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program
UKHUWAH TERJALIN INDAH
Kuantan, 29 Mac - Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan. Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita
Tuesday, 31 March 2015 08:00

PERHIMPUNAN TAHUNAN IKRAM PAHANG (PATIN 2015)

Rate this item
(0 votes)

patin2015 6

Alhamdulillah!
Perhimpunan Tahunan IKRAM Negeri Pahang 2015 atau singkatannya PATIN 2015 telah melabuhkan tirainya pada 8 MAC 2015.
Membawa tema Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera, PATIN 2015 adalah medan terbaik dalam menyampaikan serta menyokong gagasan “Malaysia Menuju Negera Rahmah” yang telah disampaikan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr. Hj. Mohd Parid Sheikh Ahmad pada Perhimpunan Tahunan IKRAM pada 25 Oktober 2014 yang lalu.


Hampir 200 ahli IKRAM Pahang serta para jemputan turut hadir ke PATIN 2015 untuk menjalin silaturahim, berukhuwwah serta mendengar ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hj. Hasanuddin Mohd Yunus dan ucapan aluan oleh YDP IKRAM Pahang, Tn. Hj. Samsudin Abdullah.

Selepas Sesi Ucaptama, para hadirin berpeluang mendengar penyampaian agensi-agensi dibawah Pertubuhan IKRAM. Antara agensi terlibat ialah Unit Tarbiah, Wanita IKRAM, Hidayah Centre, Ibantu Pahang dan IKRAM – Musleh Pahang.
Majlis turut dimeriahkan dengan pelancaran Kelab IKRAM Junior Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Hj. Hasanuddin Mohd Yunus serta diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar, persembahan dari anak-anak kecil, Tadika Permata Hidayah dan persembahan bertenaga oleh mahasiswa Ikram Siswa UIA Kuantan dan belia IKRAM Pahang.

Akhir sekali, Pertubuhan IKRAM Negeri Pahang akan terus menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan negeri Pahang, parti-parti politik, NGO-NGO serta agensi kemasyarakatan agar dapat membina negeri Pahang, Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera.

 

Read 1189 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 11:41

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Pahang

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang

B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No Tel :019-987 4233 (Pejabat)
Emel :ikrampahang@gmail.com

Our website is protected by DMC Firewall!