wrapper

Berita Terkini

الإثنين 20 ذو القعدة 1440   |   Monday 22 July 2019
HC ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
Pada petang semalam, skuad Hidayah Centre (HC) Pahang telah berkunjung ke Kampung Orang Asli di Paloh Hinai, Pekan. Mereka berjumpa dengan tok batin dan juga menziarahi dua buah rumah muallaf Orang Asli di sana.
Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang
SUMBANGAN DIPERLUKANKuantan, 6 April - Memasuki bulan April, bermakna masih ada lagi berbaki 8 bulan sekurang-kurangnya Fasa 1 Projek Kompleks Pendidikan & Komuniti IKRAM Pahang disiapkan. Projek ini telah
IKRAMHEALTH PAHANG MEMBERIKAN KHIDMAT
Pekan, 11 April - Bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Tun Abdul Razak, Pekan telah diadakan Hari Terbuka Asrama. Pelbagai acara diadakan dan IKRAMHealth Pahang telah dijemput untuk memeriahkan program
UKHUWAH TERJALIN INDAH
Kuantan, 29 Mac - Silaturrahim dan ukhuwah tersulam indah antara akhawat daerah Kuantan dan akhawat daerah Temerloh sempena Program Jaulah Akhawat IKRAM Daerah Kuantan. Program ini diketuai oleh Timbalan Ketua Wanita
Tuesday, 31 March 2015 08:00

USRAH AULAD BIL 2/2015

Rate this item
(1 Vote)

USRAH AULAD 3

Alhamdulillah, Usrah Aulad bagi bulan April 2015 telah berlangsung di Pantai Sepat, Kuantan dengan kehadiran 47 orang peserta berusia di antara 5 hingga 12 tahun. Cuaca yang tidak begitu panas dengan angin yang bertiup menambahkan keceriaan peserta cilik yang telah mula berkumpul sejak jam 4 petang.

Program kali ini dimulakan dengan mengambil wudhu' dan solat Asar bersama di tepi pantai. Peserta kemudiannya diberi penerangan tentang perancangan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang petang. Setelah dibahagikan kepada 6 kumpulan, peserta bersama naqibah masing-masing memulakan sesi Usrah.

Bagi anak-anak sekolah rendah, usrah dimulakan dengan bacaan tilawah Surah As-Syam dan tadabbur ayat. Anak-anak pra sekolah pula membacakan 4 surah pendek bersama. Pengisian adalah berkisar tentang kekuasaan dan kehebatan Allah Yang Maha Mencipta dan pentingnya menjadi Khalifah Allah yang memelihara alamnya.

Setelah usrah ditutup, anak-anak memulakan aktiviti membina istana pasir mengikut kumpulan. Tepat jam 6.15 petang, peserta dikumpulkan untuk makan dan sesi penutup. Selain itu, Projek Pecah Tabung Ramadhan juga dilancarkan dengan mengagihkan 1 tabung 1 keluarga. Peserta akan memulakan aktiviti menabung sehingga 27 Jun untuk acara pecah tabung, membeli barang dan kemudian mengedarkannya kepada yang memerlukan.

Sementara anak-anak berusrah, ibu-ibu yang hadir juga sempat mendengarkan taujihat tentang Tarbiyatul Aulad dari Timb. Ketua Wanita IKRAM iaitu Puan Husna. Semoga aktiviti ini membawa banyak manfaat. InsyaAllah!

Terima kasih pada semua yang menjayakan.

Read 1293 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 12:14

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Pahang

Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang

B76-1, Taman Mahkota Putra, IM8
25200 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No Tel :019-987 4233 (Pejabat)
Emel :ikrampahang@gmail.com

DMC Firewall is a Joomla Security extension!