wrapper

Berita Terkini

الجمعة 18 ربيع الأوّل 1441   |   Friday 15 November 2019
Futsal eratkan ukhuwah remaja
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.  Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai
Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di
Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka.  Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15
Tuesday, 22 October 2019 11:01

Kempen BMF dan kesinambungannya

Written by
Rate this item
(0 votes)


Kempen BMF (Buy Muslim First) sedang rancak berjalan di seluruh pelosok negara dan ia mendapat sambutan yang baik dalam kalangan umat Islam.

Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam membeli barangan keluaran Muslim yang terjamin bukan sahaja halalan, tetapi juga toyyiban, halalan toyyiban, di samping untuk mengukuh dan menaikkan ekonomi umat Islam.

Memakan makanan yang halal adalah satu tuntutan yang wajib dipatuhi berdasarkan perintah Allah yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqarah: 168)

Kalau kita perhatikan, ayat ini bukan ditujukan kepada orang yang beriman sahaja, sebaliknya ia ditujukan kepada semua manusia tanpa mengira sama ada orang beriman atau tidak beriman.

Ini menunjukkan bahawa memilih makanan yang halal dan toyyib itu tanggungjawab semua manusia kerana hanya makanan yang halal dan toyyib sahaja yang benar-benar memberi manfaat kepada diri manusia dalam semua aspek, khususnya dalam menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri; fizikal dan spritual.

Dalam sepotong ayat yang lain, Allah berfirman maksudnya:

“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Mukminuun: 51)

Walaupun pada zahirnya ayat ini ditujukan kepada para rasul alaihimussolatu wassalam, hakikatnya itulah yang dituntut ke atas para pengikut mereka kerana rasul-rasul semua diutus untuk memimpin umat dan menjadi teladan serta ikutan yang baik.

Mereka diperintahkan supaya makan benda-benda yang baik dan mengerjakan amalan-amalan yang baik atau soleh. Jadi, makanan yang baik membawa kepada amalan yang baik, kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Maka, amatlah tidak wajar jika kita hanya menekankan kepentingan memilih makanan yang halalan toyyiban tanpa menekankan amalan-amalan baik yang dianjurkan oleh Islam seperti berkasih sayang sesama manusia, hormat menghormati, jujur, berkata benar, menjauhi rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain.

Cuba kita renung ayat yang berikut:

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya)....” (Al-Maaidah: 42) 

Allah mencela Bani Israel kerana dua ciri yang ada pada mereka iaitu mendengar berita dusta dan memakan benda yang haram.

Oleh itu, selari dengan kempen BMF, mari kita rancakkan juga kempen amal soleh, kempen jauhi penyebaran fitnah dan berita-berita dusta yang sangat berleluasa dalam masyarakat, kempen menjaga lidah daripada mencela dan memaki orang-orang yang dilihat tidak sehaluan dan tidak sependapat dengan kita, serta kempen menghormati orang tua dan mengasihi orang muda.

Mudah-mudahan kita semua akan terpelihara daripada azab Allah sebagaimana yang ditimpakan ke atas Bani Israel yang tidak takut berdusta dan tidak menjauhi makanan yang haram.

Ustazah Maznah binti Daud
Ahli DPN IKRAM

Read 595 times Last modified on Tuesday, 22 October 2019 11:12

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Melaka

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Melaka

4-1 Jalan Jati 2, Taman Jati
75350 Batu Berendam Melaka

Tel : 012 6217565 (Suriyati Yusoff)
Email : ikrammelaka@gmail.com

DMC Firewall is a Joomla Security extension!