Print this page
Monday, 23 March 2015 08:00

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk siri 1

Rate this item
(0 votes)

Pada 21-22 March 2015, Hidayah Center Melaka telah berjaya menganjurkan Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Siri 1.  Program ini telah mendapat kerjasama daripada Balai Islam Melaka dan Persatuan MACMA Melaka.  Ianya telah diadakan di Kompleks Darul Huda, Majlis Agama Islam Melaka.

ddmm1

Seramai 70 orang peserta telah hadir pada seminar dua hari itu. Kebanyakan peserta terdiri daripada golongan orang muda.  Ini merupakan satu petanda baik iaitu generasi muda sudah mula melibatkan diri dengan aktiviti dakwah kepada bukan Islam.  Peserta mempelajari teknik-teknik berdakwah kepada bukan Islam, memahami kepercayaan agama lain, memahami masyarakat cina dan India, Kristian dan Bible study.

  ddmm7  ddmm8

Pada hari pertama beberapa orang penceramah terkenal telah dijemput iaitu Prof Dr. Taufiq Yap Yuen Hin (Timbalan Presiden MACMA Malaysia, Bro Zamri Vinooth (Presiden Skuad Mubaligh Malaysia) dan Dr Zainal Mohamed (Penolong Setiausaha kehormat PERKIM Melaka).  Penceramah pada hari kedua ialah Xifur Naser Abd Rahman Timbalan Presiden Persatuan Saudara Baru Perak yang juga merupakan Tokoh Dakwah Negeri Perak 2014.

ddmm2ddmm5

 ddmm6ddmm4

ddmm3  ddmm14

ddmm13  ddmm11

ddmm9

Read 1962 times Last modified on Saturday, 23 May 2015 11:19
DMC Firewall is a Joomla Security extension!