Print this page
Sunday, 01 March 2015 08:00

Wanita Ikram Melaka

Rate this item
(1 Vote)

w 5   IMG 6808

IKRAM telah menubuhkan sayap wanita yang dikenali sebagai Wanita IKRAM Malaysia pada 3 Oktober 2010. Pemasyurannya diadakan pada hari bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2011 bertujuan untuk memperkasakan Wanita IKRAM sebagai organisasi dakwah wanita, mengetengahkan fikrah Islam yang menyeluruh sebagai masalah, di samping menjalin hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita sedia ada.  Wanta IKRAM Melaka adalah sayap wanita bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Melaka. Wanita IKRAM berusaha memberi fokus kepada pembangunan wanita dan kanak-kanak.  Justeru itu, akan mengetengahkan isu-isu wanita dan kanak-kanak serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syara'.  Wanita IKRAM berusaha memainkan peranan yang efektif untuk mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam dan memastikan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan serta manfaaat pembangunan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki. Oleh itu, Wanita IKRAM Melaka berusaha untuk membangunkan potensi dan kepimpinan wanita di peringkat Melaka sebagai sumber pembangunan masyarakat dan ummah ke arah melahirkan masyarakat sejahtera.  

                          FACEBOOK: WANITA IKRAM MELAKA

AKTIVITI WANITA IKRAM MELAKA:

Program "Anakku...dirimu terlalu berharga"

Program Staying Safe 2016

Lawatan JK Wanita Pusat ke negeri Melaka

Program Ramah Mesra Wanita Ikram Melaka bersama NGO wanita Islam Melaka

 

 

Read 3034 times Last modified on Sunday, 20 March 2016 21:28

Media

"315" src="https://www.youtube.com/embed/vFPgRw-AUGc" frameborder="0" allowfullscreen>
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd