wrapper

Berita Terkini

الجمعة 17 ذو القعدة 1440   |   Friday 19 July 2019
Futsal eratkan ukhuwah remaja
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.  Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai
Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di
Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka.  Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15
Sunday, 01 March 2015 08:00

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Rohingya

Rate this item
(0 votes)

photo 2015 05 17 11 14 33

1. Orang Rohingya adalah satu kumpulan etnik beragama Islam di Utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma.  Kebanyakan populasi Rohingya tertumpu di dua buah bandar Utara Negeri Rakhine (dahulunya dikenali sebagai Arakan)

2. Sejarah orang Rohingya bermula dari awal kurun ke 7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan bagi pedagang-pedangan Arab yang beragama Islam.

3. Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya seperti orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali.  Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, Parsi dan Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

4. Amnesty International melaporkan etnik Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusiaan oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978 dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.

5. Etnik Rohingya dinafikan kewarganegaraan tidak mendapat hak seperti rakyat Mynmar yang lain.  Juga tertakluk kepada pelbagai bentuk penindasan seperti dikenakan pelbagai bentuk cukai, tanah dirampas, rumah dirobohkan dan dihalau dari kampung halaman mereka.

6. Pada 1978, kira-kira 200, 000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh ekoran Operasi Nagamin oleh tentera Mynmar secara besar-besaran.

7. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa sebarang bayaran dan dipaksa untuk menjadi buruh untuk projek-projek pembinaan semasa pemerintahan tentera Myanmar.

8. Kepada Myanmar, Rohingya ialah pendatang dari Bangladesh, mereka bukan sebahagian daripada 137 minoriti di negara itu.

9. Orang Rohingya adalah bangsa tanpa Negara kerana Myanmar tidak mengiktiraf mereka sebagai salah satu dari 137 minoriti di negara tersebut dan Bangladesh juga enggan menerima mereka.

10. Apabila Bangladesh enggan menerima mereka, kebanyakan etnik Rohingya melihat peluang untuk mendapat pembelaan dan kehidupan lebih baik di Indonesia dan Malaysia.  Ini dapat dilihat dengan trend kebanjiran orang Rohingya yang hadir ke negara ini semenjak 1980-an.  Isu ini juga membuka peluang 'perniagaan' pemerdagangan manusia yang menjadi orang tengah dalam membawa masuk mereka ke negara-negara SEA.

Read 1804 times
More in this category: « Ikram Junior Melaka UMMAH »

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Melaka

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Melaka

4-1 Jalan Jati 2, Taman Jati
75350 Batu Berendam Melaka

Tel : 012 6217565 (Suriyati Yusoff)
Email : ikrammelaka@gmail.com

Our website is protected by DMC Firewall!