wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 23 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019
Futsal eratkan ukhuwah remaja
Musim cuti sekolah digunakan sepenuhnya oleh remaja sekolah untuk menjalankan aktiviti bermanfaat.  Ikramteens Melaka telah menganjurkan satu perlawanan futsal untuk remaja pada Sabtu 19 March lalu bertempat di
Kanak-kanak perlu tahu diri mereka terlalu berharga
Kebelakangan ini sering berlaku kejadian kanak-kanak diganggu secara seksual tanpa mereka sedari. Walaupun umur mereka masih terlalu mentah, mereka perlu mempunyai pengetahuan tentang kesihatan reproduktif yang sesuai
Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program 'Staying Safe'.Pada 21 Feb 2016 ; 8.45 pagi - 12 tgh di
Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei - 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d'Merlimau, Melaka.  Seramai 31 peserta yang berumur antara 7 - 15
Sunday, 10 May 2015 08:00

Lawatan JK Wanita Pusat Ke Melaka

Rate this item
(0 votes)

Pada 9 Mei 2015, JK Wanita Ikram Melaka telah menerima dua tetamu daripada JK Wanita Pusat.  Kedua-duanya adalah Dr Nabiroh Kassim, pengerusi JK Pembangunan Modul Wanita dan Syariah dan Pn Mahayati Ibrahim, pengerusi JK Pembangunan kanank-kanak.  Program telah diadakan di Rumah Melaka, Bukit Katil, Melaka.

photo 2015 05 17 07 30 54photo 2015 05 17 07 30 46

 

Satu perkongsian bertajuk "Peranan, Tanggunjawab dan Hak-hak Wanita dalam Islam" telah disampaikan oleh Ustazah Mahayati kepada hadirin yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT dan aktivis wanita Ikram Melaka. Selaras dengan pengiktirafan Islam akan kepentingan peranan wanita dan lelaki dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan Negara, "Piagam Wanita Islam" telah dihasilkan oleh Wanita Ikram.  Terdapat tiga penegasan dalam piagam ini. Pertama: mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang mana peranan lelaki dan wanita adalah saling melengkapi dalam usaha mewujudkan umat pertengahan. Kedua: mengiktiraf prinsip kesamarataan lelaki dan wanita menurut nilai-nilai Islam dengan mengambilkira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan  mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat.  Ketiga: Mengiktiraf dan menuntut lelaki dan wanita berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga.

 

Satu dialog antara pelajar IPT dengan wakil Wanita Ikram pusat ini juga telah berlangsung.  Banyak permasalahan yang timbul di dalam aktiviti dakwah di kampus telah dapat diberi penjelasan dengan baik. Pelajar harus melibatkan diri dalam masyarakat bersama-sama dengan pimpinan Wanita Ikram negeri supaya mereka mendapat pengalaman yang berharga dalam melaksanakan dakwah. 

photo 2015 05 17 07 32 04   photo 2015 05 17 07 32 01

Ketua Wanita Ikram Melaka, Pn Rahimah Abdul Latif telah menyampaikan cenderamata kepada kedua-dua tetamu daripada JK Wanita Pusat. Majlis bersurai pada pukul 2 petang.

photo 2015 05 17 07 32 08

Read 1674 times Last modified on Sunday, 06 March 2016 00:11

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Melaka

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Melaka

4-1 Jalan Jati 2, Taman Jati
75350 Batu Berendam Melaka

Tel : 012 6217565 (Suriyati Yusoff)
Email : ikrammelaka@gmail.com

Our website is protected by DMC Firewall!