wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 23 صفر 1441   |   Wednesday 23 October 2019
26/04/2015, UiTM Merbok, kedah - Forum "aku kesah- Palestin &Syria" bersama aqsa syarif dan Imam muda Fakhrul telah diadakan di Pusat Islam UiTM Merbok. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu pelajar-pelajar UiTM
JANGAN PEDULI APA ORANG KATA (BAHAGIAN 1)
Kehidupan manusia ini terdiri daripada empat komponen dalam tubuhnya yang perlu dipelihara, (roh, fizikal, akal dan hati). Allah kurniakan kepada manusia akal/minda dan hati. Akal/minda untuk kita berfikir dan belajar.
Alor Star
  ALOR SETAR 1   Pengerusi Tetap 2 AHMAD KAMAL B MD ISSA Yang Dipertua 3 MOHD MUNZIR B SAYUTI Timbalan Yang Dipertua 4 SALMEE BT SAID Ketua Wanita 5 MUHAMAD ZHAFRI BIN
Thursday, 16 May 2019 13:13

Ramadan bukan bulan pembuangan makanan

Written by Suhail Shukri
Rate this item
(0 votes)

 

Ketika membaca laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) tentang lambakan makanan yang dibazirkan pada bulan Ramadan, perkara pertama yang penulis fikirkan adakah kita telah menjenamakan Ramadan sebagai ‘bulan pembuangan makanan’?

Perit untuk kita akui tetapi itulah realiti sekiranya angka ini benar. Pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan dilaporkan sebanyak 16,650 tan sisa makanan dan ini bermakna ia meningkat sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding bulan-bulan yang lain.

Dengan jumlah sebesar ini, ia dikatakan cukup untuk memberi makan kepada 12 juta orang setiap hari dengan tiga kali makan. Ini bermakna, hampir satu pertiga rakyat Malaysia tidak akan kelaparan!

Laporan itu juga menyebut secara puratanya sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang ahli, membazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari. Malah, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merekodkan sebanyak 615,000 tan metrik sisa makanan dibuang sepanjang Ramadan.

Ada banyak pihak kita boleh fikirkan sebagai punca yang menyumbang kepada keadaan ini berlaku seperti pembaziran di rumah, bazar Ramadan, restoran dan bufet hotel-hotel. Bermakna, untuk mengurangkan pembaziran sisa makanan yang terbuang ini, kita perlukan mekanisme berbeza untuk menghadapinya.

Penulis bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah untuk menggubal Akta Pembaziran Makanan. Akta ini akan memberi kesan besar kepada pembaziran yang berlaku di hotel dan restoran sekiranya mereka dikenakan penalti. Sudah tentu proses penyediaan makanan di tempat-tempat tersebut akan mengambil kira kesan penalti yang bakal dikenakan nanti.

Walau bagaimanapun, sudah tentu usaha ini tidak cukup jika kita mengharapkan peranan diambil oleh pihak kerajaan sahaja. NGO-NGO harus menggiatkan usaha dari sudut pendidikan dan menawarkan jalan penyelesaian alternatif untuk mengagihkan makanan yang tidak disentuh.

Dengan kemudahan teknologi, NGO-NGO ini mampu untuk mengumpulkan sukarelawan dan mengenal pasti mana-mana perniagaan seperti di bazar Ramadan yang mempunyai lebih makanan. Sekali gus, makanan yang tidak disentuh boleh disalurkan ke tempat yang betul.

Namun, apa yang penting sebagai individu Islam, kita harus menimbulkan persoalan adakah kepuasan berbuka puasa itu lebih diutamakan sehingga menjadikan kita tersasar daripada objektif sebenar berpuasa?

Sekiranya kita menganggap Ramadan sebagai pesta makanan, penulis fikir sudah tentu kita sedang melihatnya daripada perspektif yang tidak tepat. Jika kita dapat menyelesaikan masalah peribadi antara kita dengan kepuasan berbuka, kemungkinan besar kita sudah menemui jalan penyelesaian yang paling penting antara semua sumber pembaziran ini.

Suhail Shukri
Wartawan IKRAMedia

Read 1044 times Last modified on Thursday, 16 May 2019 15:11

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Kedah

Pertubuhan IKRAM Negeri Kedah,

Pusat Pendidikan Al-Azhar,
Mukim Gelong, 06000, Jitra,
Kedah Darul Aman

019-4477382

Our website is protected by DMC Firewall!