Print this page
Thursday, 03 May 2012 08:00

Wanita IKRAM

Rate this item
(1 Vote)

Pengenalan

Sayap Wanita IKRAM

Perlembagaan IKRAM Fasal 25 yang menyatakan “Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Sayap Wanita dengan mengemukakan Peraturan-peraturannya untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh Dewan Perwakilan Nasional”.

Selaras dengan petikan di atas, maka DPN pada persidangan ke 2 yang berlangsung pada 2 dan 3 Oktober 2010 telah meluluskan Undang-undang kecil sayap wanita IKRAM yang telah dikemukakan oleh JKP.

Tujuan Penubuhan:

Tujuan penubuhan sayap wanita IKRAM tercatat di dalam pasal 3 UUKWI, iaitu:

  • 3.1 Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.
  • 3.2 Memperjuangkan isu-isu wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syarak.
  • 3.3 Membangun potensi dan kepimpinan wanita yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.
  • 3.4 Membolehkan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki.
  • 3.5 Mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam
  • 3.6 Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du`at.
  • 3.7 Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan di kalangan pertubuhan wanita dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.

Ciri-ciri Wanita IKRAM:

  1. Peduli kepada kehidupan masyarakat umum (rahmatan lil ‘alamin)
  2. Memperjuangkan isu-isu wanita berlandaskan pandangan syarak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ke arah membentuk pemikiran masyarakat.
  3. Menjadi sumber rujukan awam untuk isu wanita.
  4. Terbuka kepada semua golongan wanita
  5. Itqan dan ihsan (Profesional )

Visi dan Misi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
  3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
  4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
  5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
  6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
  7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
  8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
Read 2443 times Last modified on Sunday, 03 May 2015 15:51
DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd