wrapper

Berita Terkini

الخميس 20 شعبان 1440   |   Friday 26 April 2019
RM1.1 Juta - Econsave Bersama MyCARE Johor Membangun Semula Sekolah Anak-anak Yatim As Soleh &
Johor Bahru, 5 Ogos 2016 - Sejumlah RM1.1juta telah berjaya dikumpul dan majlis khas penyerahan cek kepada Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah disampaikan di dalam satu majlis di Hotel M-Suite Johor
Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF)
KENYATAAN MEDIA Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor. 7 Ogos 2016 bersamaan 4 Zulkaedah 1437H Tahniah – Pelancaran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Ihya Ramadan Kembara Ummah Meriah di Desaru
Kota Tinggi - 27 Mei. Telah berlangsung Program Ihya Ramadan Kembara Ummah di Desaru Utama Community Centre Kota Tinggi. Program tersebut adalah anjuran bersama MyCARE Johor, GEMA Johor dan KRT Zon 3 Taman Desaru Utama.
Mesyuarat Kerjasama IKRAM Johor dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Senai, 22 Jun 2016 - Saudara Ahmad Daniel Sharudin (PSU IKRAM Johor) dan Ustaz Mohd Hairozi Muhammad (Pengerusi JK Pembangunan Umat IKRAM Johor) telah menghadiri mesyuarat anjuran Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor
Wednesday, 29 April 2015 08:00

Mengapa Mereka Diuji?

Rate this item
(0 votes)

Mengapa diujiApabila imam membaca surah Maryam, hatiku terus menjadi amat sayu. Tidak dapat dibayangkan betapa susahnya hidup yang perlu ditempuh oleh Maryam. Sudah pasti amat sukar dia menjelaskan apa yang berlaku pada dirinya kepada keluarga. Jika ia berlaku hari ini, aku yakin tidak ada siapa yang akan mempercayai kata-kata wanita seperti itu. Bayangkan jika anda sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Begitu juga kisah Nuh a.s. yang berjuang selama hampir seribu tahun. Dengan usaha gigih melaksanakan tanggung-jawab sebagai rasul, menyampaikan risalah kepada umatnya dalam tempoh 950 tahun, anaknya sendiri termasuk dalam golongan orang yang tertinggal. Bayangkan jika kita sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Begitu juga kisah Ibrahim a.s. yang terpaksa berhadapan dengan ayahnya sendiri sehingga dia diusir.Bayangkan jika kita sendiri yang berada pada tempatnya. Namun dia insan terpilih dan Allah memperkukuhkan kedudukannya, dan Allah mahukan ianya menjadi tauladan kepada kita pada hari ini.

Apakah perasaan Muhammad s.a.w. apabila dia gagal menyampaikan risalah kepada bapa saudaranya yang telah melindunginya dari tentangan masyarakat. Walaupun begitu dekat di hati, bapa saudara baginda pergi sebagai orang yang tidak beriman. Itulah ketetapan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Malah banyak lagi kisah-kisah yang boleh diambil pengajaran daripada Al-Qur’an.

Sahabat,

Fiqh dakwah mengajar kita tentang maratib ‘amal, bagaimana dakwah dan tarbiyah itu mesti bermula pada diri sendiri, kemudian dikembangkan kepada ahli keluarga, kemudian kepada masyarakat setempat, kemudian dikembangkan ke peringkat negara sehingga terbentuknya kerajaan Islam, dan khilafah Islam dan terus berkembang supaya pentadbiran keseluruhan alam mendapat manfaat dari naungan Islam. Sungguh cantik strategi itu, dan ianya perlu terus dijiwai.

Namun kadang-kadang ianya tidak secantik seperti yang dilakarkan. Entah di mana silapnya, kadang-kadang seorang pendakwah gagal membawa bersamanya mereka yang disayang. Walaupun hasratnya ingin berkongsi semua kebaikan yang dijiwainya bersama semua yang dekat dengan dirinya, namun kadang-kadang ketetapan Allah ternyata berbeza. Apakah sikap yang patut diambil olehnya, dan apa pula sikap sahabat-sahabat di sekelilingnya?

Fiqh dakwah juga mengajar tentang kepentingan ukhuwah. Ianya suatu yang benar dan praktikal, bukan teori untuk dihafal dan diulang-ulang tanpa kesan di hati. Ukhuwah yang sebenar berlaku dalam semua keadaan – dalam mengecapi kejayaan, dalam menginsafi kegagalan, dalam susah dan senang. Ya, itu teorinya. Yang dipelajari dan diulang-ulang dalam halaqah. Lebih penting dari itu ialah perlaksanaannya. Oleh itu, laksanakanlah tanggung-jawab ukhuwah, dan janganlah terlalu menganalisis, sehingga akhirnya mempersalahkan pula sahabat yang sudah sememangnya berduka-cita. Jika ia pernah berlaku begitu, bayangkannya kembali, apakah perasaan anda ketika itu. Adakah anda merasa kasihan ? Atau tidak merasa apa-apa kerana ianya memang patut berlaku begitu? Atau ada sedikit kebencian kerana anda merasakan sahabat itu tidak tahu meletakkan prioriti dalam melaksanakan tanggung-jawab ? Atau anda merasakan sahabat itu tidak memahami maratib ‘amal? Perlu diselami kembali, adakah ketika itu anda berukhuwah?

Fiqh dakwah juga mengajar kita untuk terus tsabat dalam perjuangan. Walau apapun keadaan yang berlaku, semangat tidak seharusnya menurun, malah ianya perlu diganda bagi menunjukkan kesungguhan kita kepada yang Esa. Kita harus sentiasa mengharap bantuan, malah merintih meminta kasihan belas dari Allah yang Maha Penyayang. Tiada siapa yang mengetahui apa yang berlaku di hujung sana. Maka bersangka baik dengan apa yang bakal dianugerah Allah lebih baik dari putus asa.

Semoga Allah menolong kita semua…

Nukilan: Prof. Dr. Arshad Ahmad
Mengapa Mereka Diuji

Read 1552 times Last modified on Thursday, 07 May 2015 23:48

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi IKRAM Johor

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor

No. 10-11 Jalan Pendidikan 3,
Taman Universiti,
81300 Skudai,
Johor

Tel: +607 521 1152 / +01112734566
Faks: +6075211613

Email: Johor@ikram.org.my
Web: http://ikram.org.my/v4/negeri/johor.html

Our website is protected by DMC Firewall!