wrapper

Berita Terkini

الأربعاء 15 المحرّم 1440   |   Wednesday September 26 2018
Thursday, 05 July 2018 00:00

Flotila Gaza: Kepada Allah kami berserah

Written by  Bro Aiman
Rate this item
(1 Vote)

 

Hanya Allah tempat berserah. Saat menulis pengalaman lima hari belayar di atas Kapal Al-Awda, teringat ayat al-Quran daripada Surah al-Israa' ayat 67:

"Dan jika kalian ditimpa kesulitan di lautan, terlupakanlah segala yang disembah, kecuali hanya Dia (Allah) saja. Ketika Allah menyelamatkan mereka ke daratan, kalian berpaling (daripada keimanan, keikhlasan, dan amal soleh). Dan manusia sungguh kufur (terhadap nikmat Allah)."

Semoga aku tidak tergolong dlm golongan yang lupa pada Tuhan.

Setiap orang ada ketakutan tersendiri dan aku takut pada lautan, sungai dan air terjun.

Pengalaman mati hidup semula di Sungai Sedim amat memberi impak yang besar dalam hidup aku.

Entah kenapa walaupun aku sangat takut pada lautan, tapi apabila berkait dengan perjuangan Palestin, aku tidak lagi gentar walaupun risikonya lebih tinggi.

Atas sebab itu aku memberanikan diri ‘meng-offer diri’ untuk menjadi sebahagian dari ahli misi Flotila ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) ini.

Kapal Al-Awda kecil, tidaklah besar dan merupakan kapal veteran sejak 1963 yang digunakan oleh nelayan perairan Norway untuk mencari rezeki di laut dalam. Kaarstein, disebut 'Ka-stain', nama asal Al-Awda.

Rakan aktivis dari Norway membeli kapal tersebut dan mengubah suai beberapa nadi penting dan bahagian kapal untuk pelayaran kali ini. Mana tahu, kapal ini dapat diserahkan dan digunakan pula oleh para nelayan di Gaza nanti.

Hari pertama melihat kapal secara depan mata agak gusar, dan kami lebih risau dengan kondisi kapal bila mana kami baru sahaja memulakan pelayaran, coolant (penyejuk) untuk enjin mengalami sedikit masalah dan pintu enjin terpaksa dibuka sepanjang pelayaran.

Bayangkan, dek bawah kapal dan kawasan tidur yang kecil berbau diesel dan panas seperti sauna. Sauna bau diesel beb.

Ini adalah sebahagian daripada ujian. Dan semasa di perairan Almeria, Sepanyol, kapal al-Awda terpaksa dihentikan sementara untuk David, jurutera enjin untuk memeriksa enjin sekali lagi.

Laut ketika itu tidak kuat bergelora, mengikut skala-2 WMO Sea State Code, ia masih dikira sebagai ‘smooth’. Cuak juga, tapi krew dan kapten Herman tampak relaks, so kami buat relaks jugaklah.

Badai Melanda

Selesai hari pertama dan kedua memasuki hari ketiga, iaitu selepas kami makan malam, langit kelihatan gelap dan krew menjangkakan ombak akan tinggi sedikit.

Sebaik sahaja kami mengemas dapur, tiba-tiba ombak mula tinggi! Kami terpaksa duduk di katil sahaja kerana risiko jatuh dan terhentak di kepala dan anggota badan yang lain amat tinggi.

Tiba-tiba, air mula masuk ke kawasan dek bawah! Krew menasihati kami agar semua duduk di dek bawah kerana sangat bahaya untuk berada di dek atas!

Jujur, kami menjangkakan hanya untuk beberapa jam sahaja badai ini melanda, tetapi berlarutan sehingga hari kelima waktu malam! Dua hari non-stop!

Ketika ombak setinggi 4 meter, aku hanya mampu berdoa dan menatap gambar isteri, Syifa’ dan anak-anakku Wafaa, Yumna dan Amal di skrin telefon.

Aku berdoa agar diberikan peluang untuk berbakti kepada mereka dan kedua ibu bapa aku lagi selepas ini.

Pada waktu ini, kapal kami sahaja yang berada di tengah lautan bergelora. Tidak kelihatan langsung daratan dan kapal-kapal lain. Gelap. Hanya ahli misi di atas kapal Al-Awda.

Beberapa ahli misi muntah-muntah, David engineer kapal kami terhentak kakinya di enjin, aku pula terhantuk beberapa kali pada kayu katil.

Hanya Allah tempat kami berserah, agar lautan menjadi 'rakan' dalam pelayaran kami.

Hari kelima malam, Alhamdulillah, Allah memberikan kami harapan tatkala melihat daratan kepulauan Sardinia dan kami selamat tiba di Pelabuhan Cagliari, Itali tepat jam 12.32 tengah malam waktu tempatan.

Air mata syukur bercucuran selepas lima hari pelayaran yang amat mencabar, menduga fizikal dan juga mental.

Bersyukur atas doa dan sokongan rakan-rakan semua, aku tidak muntah dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan serius.

Aku terfikir:

Bagaimana agaknya pelarian Syria dan Afrika merentasi lautan untuk menyelamatkan diri daripada rejim zalim dengan bot-bot kecil mereka yang dibayar begitu mahal?

Bagaimana agaknya para nelayan Palestin yang tidak dibenarkan berlayar dengan bebas seperti kami?

Bagaimana agaknya perasaan dikekang kehidupan seharian oleh askar zionis Israel, hanya kerana mencari rezeki di perairan untuk menyara kehidupan?

Jika ditanya, sanggup lagikah aku untuk melalui pelayaran seperti ini dengan kesusahan sebegini? Sudah semestinya sanggup dan akan menyertai lagi jika diberikan ruang pada masa hadapan.

Aiman Khairul Azzam
Ahli Misi #FlotilakeGaza #FreedomFlotilla
Cardiz, Sepanyol - Cagliari, Itali
27 Jun - 2 Julai 2018

Read 544 times Last modified on Wednesday, 11 July 2018 10:10

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

    

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd