wrapper

Berita Terkini

الثلاثاء 22 شوّال 1440   |   Wednesday 26 June 2019
Friday, 07 June 2019 21:07

Beri peluang Ketua Pesuruhjaya baharu tingkatkan lagi keberkesanan SPRM

Rate this item
(3 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
7 Jun 2019M / 4 Syawal 1440H

BERI PELUANG KETUA PESURUHJAYA BAHARU TINGKATKAN LAGI KEBERKESANAN SPRM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, iaitu Puan Latheefa Beebi Koya dengan teliti.

IKRAM berpandangan pelantikan beliau tidak bercanggah dengan mana-mana prosedur yang ditetapkan oleh Akta SPRM sedia ada dan telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

Berdasarkan pengalaman dan kelayakan Puan Latheefa Koya, IKRAM berpendapat beliau wajar diberikan peluang untuk menerajui suruhanjaya penting ini. IKRAM yakin yang beliau dapat menjayakan aspirasi Malaysia Baharu dalam membanteras rasuah ke akar umbi berdasarkan ketegasan dan kewibawaan beliau seperti yang telah ditunjukkan setakat ini.

Rasuah dan salah guna kuasa yang merupakan salah satu musuh utama negara perlu diberi perhatian segera dan dikawal dengan efektif, agar hasrat mengangkat Malaysia Baharu yang bersih dan berintegriti menjadi kenyataan. SPRM yang berfungsi cemerlang sangat kritikal untuk itu.

Dalam pada itu, IKRAM menyeru agar kerajaan segera mewujudkan kawalan perundangan dan polisi pentadbiran yang bersesuaian untuk menjayakan agenda reformasi institusi-institusi kerajaan seperti yang dihasratkan.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 814 times Last modified on Friday, 07 June 2019 22:19

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!