wrapper

Berita Terkini

الإثنين 20 ذو القعدة 1440   |   Monday 22 July 2019
Sunday, 10 March 2019 10:01

Kesal tuntutan LGBT dalam perarakan

Rate this item
(5 votes)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
10 Mac 2019M / 3 Rejab 1440H

KESAL TUNTUTAN PENGIKTIRAFAN LGBT DALAM PERARAKAN SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tuntutan pengiktirafan LGBT melalui laungan slogan “Hidup LGBT” dan tindakan mengangkat bendera, plakad dan simbol LGBT dalam perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa dari Sogo ke Masjid Jamek pada 9 Mac 2019.

IKRAM dengan tegas menolak segala usaha untuk mengiktiraf LGBT di Malaysia dan menyatakan sokongan padu kepada pendirian Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 September 2018 lepas yang jelas mengatakan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan sama jenis.

IKRAM juga ingin menarik perhatian semua kepada larangan tegas daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pada 17 Julai 2018 terhadap sebarang usaha untuk mempromosikan LGBT di mana beliau mengatakan bahawa golongan LGBT ini hendaklah tidak mencabar sistem nilai yang dipegang oleh negara kini serta tidak membuat kenyataan umum dan berbangga dengannya.

Pendirian IKRAM berkaitan berkaitan LGBT boleh diteliti di pautan berikut:

http://www.ikram.org.my/berita/kenyataan-media/item/3529-pendirian-ikram-berkaitan-isu-lgbt.html

IKRAM menyeru agar mana-mana rakyat Malaysia yang telah terjebak menjadi LGBT, ingin berubah dan tidak setuju dengan promosi gaya hidup LGBT agar segera mendapatkan rawatan pemulihan daripada pakar dan para profesional untuk mengubah tingkah laku berkaitan LGBT.

Pihak-pihak yang berkaitan termasuklah pihak Kerajaan, badan-badan agama, NGO dan persatuan komuniti setempat hendaklah bersama-sama membantu usaha pemulihan dan rawatan golongan LGBT ini secara bersepadu dan berkesan, tanpa stigma dan tanpa diskriminasi.

IKRAM mendesak agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan jika terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam perhimpunan semalam.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 1382 times Last modified on Sunday, 10 March 2019 12:03

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is a Joomla Security extension!