wrapper

Berita Terkini

الخميس 24 ربيع الأوّل 1441   |   Friday 22 November 2019
Thursday, 21 February 2019 13:25

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019

Rate this item
(3 votes)

KENYATAAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
20 Februari 2019M / 16 Jamadilakhir 1440H

SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2019

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melalui sayapnya, Wanita IKRAM akan menganjurkan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019.

Tarikh 8 Mac setiap tahun diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Hari Wanita Antarabangsa bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita serta mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

Tema sambutan pada tahun ini ialah "Think equal, build smart, innovate for change” (Fikir kesaksamaan, bina dengan kebijaksanaan, berinovasi untuk perubahan).

Wanita IKRAM akan menganjurkan beberapa acara sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2019:

1. Pertandingan Fotografi #BerinovasiUntukPerubahan (Sehingga 8 Mac 2019)

2. Flashmob Nasional #BerinovasiUntukPerubahan (8 Mac 2019)

3. Wacana Hari Wanita Antarabangsa 2019 (17 Mac 2019)

Sambutan Hari Wanita Wanita Antarabangsa 2019 adalah merupakan sebahagian daripada acara Sambutan Ulang Tahun ke-10 IKRAM.

Semoga sambutan ini dapat meningkatkan kefahaman dan kesedaran serta memberi sokongan kepada wanita ke arah menjayakan usaha inovasi untuk perubahan.

Marilah bersama-sama kita menjayakannya.

Pejabat Penerangan dan Perhubungan Awam
Pertubuhan IKRAM Malaysia

#10TahunIKRAM

Read 2273 times Last modified on Thursday, 21 February 2019 13:36

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd