wrapper

Berita Terkini

الأحد 14 جمادى الأولى 1440   |   Sunday 20 January 2019
Thursday, 20 December 2018 00:00

Dakwah adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara

Rate this item
(1 Vote)

KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
20 Disember 2018M / 12 Rabiulakhir 1440H

DAKWAH ADALAH UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN NEGARA

IKRAM mengikuti kebimbangan beberapa pihak tentang kenyataan Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat yang menyarankan agar guru-guru agama dari Semenanjung untuk tidak segera pulang ke Semenanjung, sebaliknya kekal berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan menjadikannya sebagai medan dakwah dan tempat untuk menabur bakti, memandangkan jumlah guru agama yang amat tidak mencukupi di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Menteri ini adalah bagi menjawab soalan YB Kubang Kerian yang bertanyakan tentang kekurangan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak.

IKRAM menyokong penuh saranan Menteri sebagai langkah sementara bagi mengatasi kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak yang kini pada tahap kritikal (rujuk hansard Dewan Rakyat).

Dakwah hakikatnya adalah usaha memperbaiki (islah) agar negara menjadi sejahtera. Negara yang aman dan sejahtera adalah impian semua rakyat. Memandangkan negara berhadapan dengan pelbagai masalah akhlak dan keruntuhan moral di peringkat rumah tangga, sekolah, tempat kerja, sosial dan media, usaha dakwah harus diberi sokongan oleh semua pihak.

Guru-guru agama di sekolah-sekolah memainkan peranan penting bagi mendidik pelajar-pelajar untuk menjadi manusia yang berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia seterusnya membina masyarakat penyayang.

Mereka harus melihat ini sebagai satu tugas mulia dan sebagai pengorbanan dalam usaha menabur bakti kepada negara. Moga mereka terus bersabar dan diberi kekuatan semasa berbakti jauh daripada kampung halaman serta diberi ganjaran yang sewajarnya.

Pada masa yang sama, IKRAM juga bersetuju agar usaha dilipatgandakan untuk meramaikan lagi guru agama dalam kalangan anak tempatan Sabah dan Sarawak kerana mereka lebih memahami budaya tempatan.

IKRAM juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan mengenal pasti dan mengkaji aduan-aduan dan permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru agama Semenanjung yang mungkin tidak difahami sepenuhnya demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka dan juga keluarga mereka.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Read 488 times Last modified on Thursday, 20 December 2018 16:32

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd